18.11.09

Qalbun Syifa'.

Nama diberi tanda hargai apa yg dah kau lakukan selama ni. Itu pun dengan bantuan rakan barulah aku dapat fikirkan yang sesuai. Aku kenal kau dah lama. Masa tu kau maseh comot dengan ketinggian yg lebih dari aku. Ingat lagi aku yg kau selalu maen maenkan berapa tinggi aku dengan kau. Kelakar dan sampai sekarang aku anggap kau ngok ngek sbb realitinya aku sekarang lebih dari yg kau kutuk dulu. Masa tu yang pasti kau dengan dia. Aku tak pedulik. Sikit tak pernah pun kesah. Aku bernawaitu mahu ambik kau dari dia tapi aku pendamkan dalam dalam. Aku tahu takkan dapat sbb aku bukan 'seseorang' yg boleh tandingi dia yg punya kenderaan dan aku yg maseh lg dengan mountain bike pemberian jiran baek ibu. Jangan kau salah faham. Bukan kau yang materialistik tetapi zaman itu budak seusia kita perlu sesuatu untuk mendapatkan perhatian ramai. Setuju ?. Tapi tak lama lepastu aku tak jumpa kau lagi. Aku terus tutup buku tentang kau dan berharap yang jadi hanyalah kesah pengalaman emas masa masa kecil. Umur yang meningkat lalu menjadikan kita semakin pemalu untuk bertegur sapa. Yang ada hanyalah jelingan dan renungan dari jauh sesekali apabila terserempak. Aku tahu kalau kita bercakap pasti kau takkan bergurau tentang ketinggian aku yg jauh lebih dari kau. Semestinya perkara itu yang aku suka. Kadang aku cuba beri kau senyuman dan yang paling sedih kau akan cepat cepat tarik muka. Kecewa tapi aku tak kesah. Aku selalu cakap dengan rakan rakan tentang pepatah melayu kononnya takkan lari gunung dikejar. Ye itulah perihal sendiri sebagai jalan untuk menahan malu. Kau tahu apa yang pelik. Aku tak sangka 'jumpa' kau lagi. Aku bergurau tentang kau pada budak tusyen tu tapi aku tak tahu yang dia rupanya kenalan rapat kau. Tersedar aku dan mula merasakan peluang datang lagi. Berbagai aturan dicadang kononnya untuk berjumpa dan berkenalan. Tapi semuanya hampa dan sikap kau yang langsung tak menunjukkan apa apa respon. Aku tak menyerah. Nombor yang dapat aku gunakan sepenuhnya untuk merapatkan lagi jurang kau dan aku. Aku ikutkan kehendak kau yang mahukan tumpuan seratus peratus pada peperiksaan besar yang bakal tiba. Aku harap kau tak lupa yang dua kali cubaan aku kau tolak dengan jayanya. Perkara yang terjadi aku jadikan pengalaman seorang 'lelaki' yang mahu menambat hati perempuan yg bercita cita tinggi. Syukur akhirnya kau tunaikan apa yang kau katakan pada aku. Bermulalah titik titik perkenalan yang lebih serius antara dua orang kanak kanak yg mencari identiti diri. Kau yg dulu terkenal dengan wajah yg bersifat karnivor kini tenang bercirikan sedikit herbivor. Jarang jarang sekali kita berjumpa dan perihal tu amat payah bagi aku untuk fahamkan. Sesekali aku dengar yang kau memberontak dan marah dengan keadaan. Hari hari berlalu buatkan kau semakin matang dan hari ini jarak pula menjadi batasan buatkan kita semakin jauh. Kau yang setia buatkan aku terharu. Jarang sekali kau buat masalah berprofil tinggi buatkan aku selesa dan merasa selamat. Memang selalunya aku jadi pencetus masalah tak kiralah isu apa pun dan kau yang terkenal dgn sifat dorman selalu di uji. Aku sedar apa yang kau mahukan. Dan pastinya aku akan berikan yang terbaek sebagai balasan kebaikkan kau yang aku terima. Nama khas diberi menggambarkan siapa sebenarnya kau dan harapan yg menggunung dari aku untuk kau selamanya.

No comments:

Post a Comment

aku bukan orang tua korang nak tegur, aku bukan sesiapa pun so pandai pandai la ye.