30.12.09

Fasilitator Esok.

Tunggu pagi esok.
Tak sabar nak dengar dah ni :



** assalamualaikum abang kamil.


 aha. :D

Report : Pelatih Ganas Lepas Gian Part 2.





 Tak Sedar/Sedarkan Diri.


Puas. Memang puas dapat ikut program jabatan semalam walaupun kena hina dengan pensyarah sebab banyak sangat buat masalah. Takpelah kami memang kumpulan pelatih paling genius dan brutal sekali dalam jabatan kan. Tak pernah ada kumpulan dalam jabatan buat masalah teruk macam sial tapi maseh kontrol ayu macam kami. Kami tak kesah sebab kami semua cerdik cerdik belaka dan tak perlu makan haloperidol atau minum paraquat macam orang laen. Sebelum terlupa nak cakap terima kaseh pada pembuat masalah sebab menatang rancangan kau tak jadi walaupun semua tahu kau miskin tak ada ringgit malaysia nak bayar yuran program lepastu buat perangai macam babi menyusahkan orang laen. Kami malas. Kami tak ada masa nak peduli orang macam kau tapi kalau dah sampai semua manusia tak pasal pasal dapat stigma buruk rasanya tak salah kan kalau balas semula pada kau semampu yang boleh. Apapun pelatih semester empat semalam memang semuanya terbaek. Betullah kami memang kumpulan paling brutal. Arahan langsung kami tak ikut. Bila acara yang membabitkan semua kumpulan sememangnya kumpulan semester empat lah yang paling hevok. Acara orang dah jadi macam acara sendiri. Bila kumpulan lain mengata kami selalunya kami tak pernah menunjukkan apa apa reaksi melampau cuma sekadar menjeling tanda terima kaseh atas rasa cemburu mereka dalam hati sendiri. Kami kumpulan semester empat secara fisiologikalnya tahu mengenai kumpulan yang paling kuat menunjukan rasa tidak puas hati dengan emosi separuh waras kami yang terdiri daripada kalangan budak budak hingusan yang comot lagi bangang ini. Kata seorang rakan dengan senyuman. 'Kalau takda semester empat hari ini takkan meriah program dekat pantai'. Setuju. Kami memang kuat bergaduh. Bergaduh pula hal mesti paling kecil dan boleh dianggap bodoh dikalangan orang dalam mahupun luar. Nak buat macam mana kami kumpulan yang tak boleh diharap. Dari semester satu sampai semester empat isu berbangkit tak pernah selesai. Program apa yang kami buat tak bergaduh. Wajib bergaduh dan sunat bagi kami untuk berpuak puak dan berpecah belah. Kami memang gangster. Bila bergaduh tak cakap dengan penghulu tapi terus pergi serang Bos besar jual muka tak tahu malu kononnya minta belas supaya kelak dia akan beritahu penyelesaian untuk kami. Kami bukan bodoh. Kami hidup dalam keluarga besar bersama sama selama berada di kolej cantik ini. Selama itu juga kami lahirkan puak puak supaya masing masing boleh nampak hebat dan berpengaruh dalam kelas. Pelik. Dalam kalangan kami juga adalah majoriti yang menjadi wakil pelajar kolej cantik. Sedih kami bila ada dikalangan pensyarah yang sudah melabel kami yang tentunya tidak menyenangkan perut masing masing apabila isu yang terjadi ini akan melibatkan jangka masa panjang. Hal yang terjadi hari ini kami akan dijadikan memori indah buat semua pelatih semester empat. Akhir. Diulang sekali lagi bahawa sah lah kami adalah kumpulan paling brutal dalam jabatan yang sukar diganggu gugat kumpulan laen dan sedang berada dalam kalangan orang orang yang dihina. Terima kaseh sebab tak bersikap hipokrit kepada kumpulan semester empat ambilan jun tahun dua ribu lapan.




Tak sedarkan diri.
Kamil Johari.

To Write Love On Her Arms.


nak ni.



nak ni juga.


Boleh minta mak ayam tolong belikan baju ni lepastu puaskan nafsu serakah dia. Bodoh. :)

29.12.09

Report : Pelatih Ganas Lepas Gian Part 1.






Sesi Memanaskan Badan.



Olahragasawan.

 

Mereka Dan Bos Besar.



Bodoh  Bodoh Bodoh Jatuh Tersembam Macam Kinzir.



Mereka Semua Beriman.

 

Selepas Sesi Berkhatan.




Kawasan Kejadian : Pantai Telong Tak Best.
Tarikh : Dua Sembilan Satu Dua Kosong Sembilan.
Rumusan : Meninggal > Tiada.
Rumusan : Kecederaan > Semua Rosak Akhlak.

:D
           

28.12.09

Friendship Or Friendshit.

Kau macam haram. Semua perangai macam haram. Apa kau sorang saja ke yang bayar yuran. Kau bebal ke tak boleh fikir apa hasil kau orang buat macam itu. Tengok sekarang hal yang jadi libatkan semua manusia dalam kandang. Manusia dalam kandang sudah dianjingkan oleh orang atas sampai semua sudah tak boleh diam diam. Aku pelik kenapa sampai jadi macam tu sekali sedangkan dalam kalangan manusia ada yang tua bangka yang rasanya boleh berfikir elok. Mana kau campak ketua. Kau layan dia macam binatang tak ada guna lepastu buat muka tahi baling batu sembunyi buntut busuk bau longkang. Memang. Memang aku bukan siapa siapa dalam kandang yang kau yang nak dengar cakap tapi sekurang kurangnya beritahulah ketua tu dulu. Bila orang atas dah benci muka seorang seorang terpaksa harap yang laen pergi mengemis minta belas. Kasihan kau tak ada duit. Dah miskin mintalah tolong. Bukan semua manusia dalam kandang itu berfikiran tipikal macam kau. Mana orang orang kau. Orang orang kau tak peduli hal peribadi kau ke. Rasa semua baek baek sebab kita kan tak boleh biarkan kawan dalam susah. Tapi sayang orang orang kau semua tak boleh diharap. Cakap hebat tapi habuk. Besar besarkan sebab boleh dapatkan pengaruh ramai baru boleh jadi orang tua yang perlukan kaseh sayang dan yang lain kena ikut dengar sebab akan kena benci kalau melawan. Bila dah dibenci simpan dendam dalam hati dan boleh maen jeling jeling perli perli depan orang. Bodoh. Harapkan pagar. Pagar buruk berkarat tak boleh pakai habiskan padi rosak dek kena maen dengan babi hutan.



ingat sampai mati.

25.12.09

I Gotta Feeling The Past Should Stay Dead.

Betul ke. Kalau macam itu lepas ni mesti boleh jual sampah punya muka dekat semua makhluk. Kalau nasib baik mungkin boleh jadi kawan baik. Takpalah. Tahun baru pun tak lama lagi. Keadaan depan harap harap taklah najis macam selalu. Menyesal sebab selalu kalah dan biarkan makhluk mengajing tak sudah sudah. Anda jangan lupa ini yang terakhir. Lepas ini bila semua makhluk kuliah keluar dari sana dan aku boleh lega takda lagi yang nak peduli hal kain masing masing. Satu semester tahun ini aku hidup dengan makhluk makhluk itu buatkan hati jadi benak melayan perasaan sendiri sampai tak boleh nak diubat dengan apa pun. Aku taknak tunggu cerita akhir sebab dah lama tahu makhluk sebelah sana dengan makhluk sini boleh jadi pelakon nombor satu. Aku nak percaya lagi setelah apa yang jadi. Punyalah banyak acara acara pemulihan semuanya jadi hasil yang serupa tahi. Makhluk makhluk semua sia siakan usaha orang yang nak lihat kaseh sayang macam haram. Ada hati nak buat projek sama sama lagi. Memang kita jenis tak reti bahasa. Tak boleh tengok orang senang sikit sebab ada dendam berapi dalam hati masing masing yang dah cukup hitam. Bukan tak nampak. Bukan tak peduli. Semua makhluk sengaja besar besarkan api dalam sekam sebab makluk itu asyik menang dan makhluk lain yang makan hati. Lupa semua makhluk kan dah besar panjang. Sudah jadi senior besar sekarang nak jadi maharaja pula ye. Bila yang lain mengutuk dan memerlikan tahu nak memberontak. Lepastu buat lagi satu sekuel dan mangsanya makhluk lain yang bukan dari keluarga kita. Habis semua orang yang punya persepsi lain dari kita dianggap musuh yang perlu direjam sampai terkeluar otak. Yang lain dapat berkumpul buat hal yang dirancang bersama tapi keluarga kita hanya tahu jadi makhluk bangang tak habis habis berdendam itu ini. Sudah lah dah nak masuk tahun baru tapi perangai semua makhluk tak ada yang berubah. Bagus lah. Keluarga kita kan yang paling hebat dan brutal. Aku tahu memang ada daripada kita yang nak berkaseh sayang. Tapi selagi sikap 'aku sorang paling hebat' itu tak dicampak jauh jauh jangan mimpi keluarga kita jadi bahagia. Nanti apa yang nak diberitahu pada yang lain. Lantak lah. Lepas ni bila dah keluar kan kita tak jumpa lagi. Hal kau dekat sana hal aku dekat sini. Keluarga kita yang paling hebat. Betul? Tapi keluarga kita juga yang paling macam sakai. Betul?. Telanlah. Telan sampai tercekik lepas itu boleh mampus dengan tenang!.






Semua makhluk pelatih amo. Semoga cepat sedar. Selamat Tahun Baru 2010. Sakai. :)

24.12.09

Cerita Masa Kecil Edisi Demam.

Saya sayang sorang budak nama dia aa.
Dia suka makan aiskrim comot comot.
Tapi.
aa comel sangat.
Hari hari aa tunggu saya balik sekolah.
Kalau aa tunggu bawak aiskrim dua.
Saya sayang aa sangat.
Biarkanlah.
Bila petang petang kita suka maen dekat padang.
aa suka tolak jatuh tersungkur tapi saya sayang aa.
Bila besar nanti saya kahwin dengan aa.
Mama aa baek suka pujuk saya sebab mama saya garang.
Biarkanlah.
Kalau aa takda lagi dalam dunia saya
Saya suka tunggu aa dekat kubur.
Saya rindu aa sangat.
Biarkanlah.

22.12.09

Outter-Course.

Tunggu. Si pendajal akan kena dajal balik. Terimalah azab. Semoga bahagia. Malam ni boleh tidur puas sampai basah. :D

Past Time.






Aweks





Mereka Semua Indah. Terima kaseh. :B

21.12.09

Selepas Bersunat.

Syukur. Dah siap esaimen. Berapa lama ambil masa siapkan. Berzaman masa aku perlukan kot. Pagi tadi jadi kumpulan pertama. Suka ambil kesempatan terhegeh hegeh dekat depan manusia. Pembetangan tadi rasa baek lah kot. Mula dengan k. Senang tapi menyusahkan. Mereka yang laen semua bagus. Agresif. Bijak. Cekal. Hebat. Ada yang dapat tepukan sebab beraksi sawan dekat tengah orang. Tapi tetap tak puas hati pada musuh. Selalu menganjing. Takpa. Biar senyap hari ni. Esok kau yang menangis. :)

18.12.09

Sembi1an 9elas.

Hai.
Awak dah tua.
Tak lama lagi meninggal lah tu.
Bangkit.
Jangan tidor saja.
Semoga Cepat Sedar. Selamat Hari lahir Kamil Johari.

Satu Sembilan Dua Belas Kosong Tujuh.

Awak. . .

Dengar tak saya panggil ni. Awak pandang lah sini. Saya ada cerita. Saya nak beritahu awak. Awak ingat. Awak tak lupa kan. Setiap kali sembilan belas bulan akhir tahun mesti awak tunggu tunggu. Tu saya tahu. Macam ni. Dulu saya mimpi. Saya mimpi awak kawan dengan saya. Lama. Tapi takpa. Hari ni saya dan awak kawan. Kawan lama. Dari dulu saya dengan awak kenal sampai waktu ni. Seronok kan walaupun selalu awak kena sakit jantung sebab perangai saya. Betul tak saya tak tiga suku kan. Harap awak tak mati dan terus tinggalkan saya macam lembu dekat sini. Tapi sayang awak selalu jauh. Saya dekat sini selalu mengeluh nak tangkap awak. Masa dan keadaan selalu buat kita akur apa yang ada pada pilihan. Susah sesuatu buat kita rapat dengan memilih yang terbaek.


Awak. . .

Percaya tak. Saya dah buktikan untuk jangka masanya setakat ni. Yang lebih saya rasa awak dah faham. Tapi awak. Awak nak bawa saya kemana. Semuanya dah makin susah sekarang. Saya taknak sesat macam dengan mereka dulu. Jangan awak salah faham kata kata saya selama ni. Harapan yang saya bukanlah untuk awak lupa diri dengan fantasi sendiri. Saya dah serik. Awak rasa macam mana. Saya harap awak selesa , tabah sebab saya tak sehebat mereka dekat luar sana. Takpa. Sibuk jaga hal awak kan perkara mulia.


Awak. . .

Kita dah besar sekarang. Jangan menangis bila saya diam. Jangan leka bila saya marah. Teruskan sampai sudah sebab jalan paling baek rasanya berdiri atas kaki sendiri bukan. Saya mahukan seboleh bolehnya yang terbaek untuk awak. Sebab nanti bila saya pejam mata saya tahu tugas dah siap dan takda orang boleh buat awak menangis sorang sorang lagi. Akhir. Waktu dah sampai dan awak maseh dekat sisi. Terima kaseh untuk hari ini. Jangan awak berhenti. Selamat ulangtahun. Selamat malam. 143.




ikhlas,
Muhammad Kamil Johari.

17.12.09

Rumah Bahagia.

Dua perkataan. Alahai seronoknya. Tak seperti mereka yang laen aku punya kesah yang tersendiri. Lebih dari sekadar dua belas bulan tinggal disini adalah saat hebat kami semua. Buat yang sama semuanya. Mula dengan susah payah berpindah ke tempat baru. Rasa terpaksa. Payah. Tapi itu bukanlah tajuknya disini. Tempat yang baru dapat kami hias. Hias ikut suka hati hati kami. kononnyalah. Masalah dalaman ?. Terima kaseh sebab kami dah lalui pun. Macam macam sungguh aku tak tipu. Mulanya satu dua tiga dan seterusnya. Nak cerita takpelah aku rasa mungkin tak perlu. Sebenarnya bukan apa. Tempat yang luas ni penuh kenangan. Siapa yang boleh lupa betul. Tanya saja pada u , z , ak, p, h, al, ceritanya pasti menarik. Bagi 'replacement' m, aq, aq, rasanya mereka semakin tabah tinggal disini. Aku sendiri ada banyak kesah menarik disini. Apabila kerja kerja mengemas rumah jadi semakin senang dan riang. Dan apabila umpat mengumpat jadi topik harian yang penuh dengan hilaian semua. Bukankah semuanya tu sudah lengkap untuk kita seisinya. Haii. Lepasni mungkinkah ada rasa rindu. Kaseh pada semua. Bila semua ada urusan dengan sistem. Terpaksa pergi seorang demi seorang. Biarkan. Bila keadaan sesak jadi lapang. Bila hati tegang jadi riang. Bila lidah diam tunjukkan tanda kelu. Aku percaya semua pasti ingat waktu itu. Kenangan yang semuanya kita simpan kemas dalam buku hati masing masing.

12.12.09


" Orang bodoh jadi pak turut , jadi pencium punggung hidung di bontot "

tongkat.

8.12.09

Lega lah Jap.

Qathrunnada.
Nadamurni.
Mawaddah.


..lega ~ ~

5.12.09

Sungguh Melancong.

Tinggal kuliah lagi. Aduhai. Kerja tu tak siap siap. Cepatlah K. Hari ni pergi sana siapkan semua lepastu baru boleh menanam padi. Jom pergi melencong ? :P

4.12.09

Padan Muka Kau. Tak Sedar Diri.

Bodoh. Memang kau patut kena. Apa kau nak lagi. Memang lah kau tak reti mengenang budi. Kau kena tadi pun kira okey lagi. Kalau kau kena macamtu depan depan orang ramai baru kau insaf kot. Tu pun kira beruntung aib kau maseh orang jaga. Berubah. Ubahlah sebab kau tahu benda tu salah kan. Malu la beb nak harap orang laen lagi. Kau tak nampak apa dia cakap lagi. Ke kau nak kena balasan dia baru nak berubah. Kau mesti taknak kena macam dulu lagi kan. Tu baru sikit kena kau dah gelabah kalau kena macam orang laen lagi teruk lah kau jadi. Tuhan nak tunjuk yang sayangnya DIA kat kau lagi. Kau patut rasa bertuah. Hai. Okeylah. Yang sudah tu sudah. Rasa kau ni tak pekak lagi. Boleh faham apa orang tu cakap. Kau fikirlah. Jangan buat lagi kalau taknak telinga kau berasap dengar apa orang tu cakap. Kau fikir nak makan sedap sedap kan. Macam tu jugak dengan rohani kau. Tunjukkan pada tuhan yang kau takkan buat lagi. Itu yang terbaek untuk kau.






* aku malu kena saun. terima kaseh aku pada kau sbb tu.

1.12.09

Semakin Membesar.

Ye. Selamat datang ke alam semester empat. Semuanya sudah bermula.

Akhirnya Kita Kau dan Aku

Memang berkerutu buntut duduk dalam bas hebat tu. Jangka masa yang lama itu membuatkan segala kenangan masa cuti terlintas di fikiran. Pagi pagi lagi ibu kejut bangun subuh tapi macam biasa aku memang kelahirannya yang suka memberontak dan membantah. Ibu tak pernah mengalah untuk kejutkan walaupun berkali kali menjerit tanda marah. Bangun terus pergi dapur lihat ayah tekun siapkan borang borang biasiswa kementerian pertahanan aku yang baru saja diluluskan. Lepas mandi terus siap dan ke dapur untuk mentekedarah apa yang ibu masak. Bas aku untuk bertolak ke kelantan pagi ini lebih kurang lapan setengah pagi dan masa masa terakhir tersebut aku rasakan begitu cepat berlalu membuatkan hati ini sedikit menanges,berat ingin meninggalkan semuanya. Sedih terpaksa lupakan semua perkara hebat yg aku lakukan bersama sama Kita pada cuti kali ini. Masa yang ada aku habiskan untuk Kita tanpa ada rasa ragu ragu. Kita bermaen. Kita melepak. Kita buat semuanya dengan riang. Mungkinkah waktu yang dihabiskan itu suatu pembaziran ?. Tidak adalah jawapan yang pasti aku akan berikan.Waktu terluang bersama itu membuatkan Kita semakin rapat. Semakin senang dan serasi bersama. Oh hubungan sedia ada ini sungguh hebat antara Kita semua. Bayangkan betapa seronoknya Kita 'menziarahi' kubur cina terbesar asia pada waktu malam. Kita buat kerja amal di surau. Kita berkompang. Kita ronda ronda taman kononnya tanda menjaga taman. Kita sempat ke TTC untuk berseronok. Malah sempat lakukan sesi fotografi 'band' salah seorang dari Kita. Semuanya itu Kita lakukan bersama. Tak pernah membezakan umur ataupun kasta hidup antara Kita. Dan apa yang engkau lihat disini hanyalah sedikit dari apa yang aku dan Kita lalui. Aku rasakan tak perlu untuk dituliskan semua kerana apa yang ada diatas sudah cukup untuk pengetahuan dan bukanlah untuk melihatkan pada engkau perasaan aku yang melebih lebih. Aku bukan menulis untuk engkau dan bukan juga untuk mendapatkan kaseh sayang dari engkau yang berfikiran tipikal. Kita,bila lagi dapat lakukan semuanya ni. Sungguh aku tak sabar menunggu. Buat kau. Jangan bersedih. Aku akan balik lagi. Dan seperti biasa aku akan dapatkan kau. Sungguh sejuk hati ni bila adanya kau dekat dengan aku. Gembiranya aku dapat habiskan waktu tu bersama kau. Aku seronok dapat puaskan hati kau untuk seketika selepas berapa lama kau terpaksa menunggu untuk aku pulang ke sana. Masa yang digunakan untuk kau aku himpunkan tanda kenangan untuk kekuatan masa hadapan. Seperti biasa aku tahu akan ada kata kata dari kau yang menghalang apabila aku ingin pulang ke sini. Aku sedar kau juga manusia. Punya perasaan seperti yang laen. Aku harap kau dapat sabar. Sabar untuk kali yang seterusnya lagi. Dan apabila putarannya sudah sampai berdoalah supaya masa sekali lagi menyebelahi semuanya. Sungguh aku rasakan masa cuti kali ni adalah yang terbaek. Untuk Aku. Bersyukur aku pada tuhan kerana telah berikan aku semuanya ini. Tapi semuanya hanya sebentar. Ingatan yang tadi bermaen dalam fikiran semertanya hilang. Hilang kerana itu adalah tandanya waktu sudah sampai. Aku sedar. Kelantan destinasi untuk sambungan semester yang seterusnya. Tepat waktu tujuh setengah malam aku turun menjejak kaki ni sekali lagi disini untuk tempoh yang telah ditetapkan. Untuk Kita takkan sekali sekali aku lupa apa yang dilakukan dan untuk kau aku akan simpannya menjadi memori hebat yang hanya aku rasakan dan sebagai himpunan kenangan disana apabila sunyi berada disini. Harapan dari ayah ibu aku jadikan semangat melawan nafsi nafsi yang merosakkan. Disini permulaannya disambut mereka kawan serumah.. Yang seterusnya aku berikan kepada masa untuk mendapatkan jawapan.