31.3.10

Najmi Al Hakim.

Terima kaseh najmi.
Kau hadiahkan aku barang tu. Terkejut aku bila tahu itu barang yang paling kau sayang.
Aku cuba mi. Aku cuba sikit sikit ye.
Aku akan gunakan sebaik mungkin ilmu dalam buku itu. Mana tahu boleh jadi hebat macam kau.
Nanti kita jumpa lagi oke.

Aku ingat sampai syurga.

30.3.10

Everybody Is Changing.

Termasuk kau dan macam tu jugak aku.
Aku dah malas taip sini hari hari.
Yang aku tahu kau pun sama. Sedap sangat la ye balas macam tu bila keluar posting ni.
Lantak lah. Lantak apa nak jadi pun jadilah.
Aku tahu kau dah macam orang laen. Kau failed. Jadi lah kau macam orang orang lain.

Biasalah.

Weh, kau kawan aku.
Dan sekarang sungguh aku terkilan aku dengan kau. Terima kaseh banyak ye.
Kita jumpa dalam kelas.
Aku tak sabar nak balas jugak ni. :]

29.3.10

Now.

Minggu untuk pecahkan kepala.
Minggu untuk tidak cukup tidur.
Minggu ini perlukan kaseh sayang pensyarah supaya berkat ilmu nanti boleh jawab soalan dengan senang hati.

Tak sabar nak jumpa semester lima.
Macam mana la rupa kawan - kawan kita. :)

60 Hari Kini Tammat.

Buku log : siap !
Buku refleksi : siap !
Case clerking : maseh belum siap siap !


Semuanya dah selesai.

: Terima kaseh secara peribadi saya ucapkan pada LP yang menjaga kami di Hospital Raja Perempuan Zainab untuk dua bulan ini.
: Terima kaseh untuk teguran. Semua teguran itu saya maksudkan ye.
: Terima kaseh untuk pujian. Juga untuk semua pujian yang buatkan gluteal kami kembang.
: Dan yang paling penting kami amat berterima kaseh atas semua ilmu yang diberikan pada kami.


Terima kaseh cik. Kami janji kami ingat apa yang kami dapat dekat KB ni.
Cik mawi(wawi). Nanti kita jumpa lagi. :)

" Cik memang bro ! "


Selamat pulang kawan - lawan. :)

28.3.10

Oraite.

Sooo far away. There's a reason i feel this way.
Lay me down.
And tell me everyyyyyything will be allright.

Things will be allright.

---------------------



Tekan sinilah brader. Lagi lagi untuk si Anisza tu. :)

25.3.10

One Blood Vessel. :)


 Ibarat Feses jatuh ke riba kami semua.


Eclampsia.


Constipation.
 

 Faecal loaded face. :)



Nah. Semua boleh tengok sekarang. 
Khusus. Untuk kawan kawan yang tidak tikam belakang aku. 
Alhamdulillah syukur pada tuhan.

:)

Lagi Lagi Orang ni.

Aku susah betul melayan orang macam ni.
Dah la tak faham bahasa.

Ibarat lepaskan anjing tersepit kita kena pulak yang kena gigit.
Sakit.
Berparut.
Tak pasal pasal kena samak.
Menyusahkan.
Silap silap boleh kena penyakit rabies. Haihh.



Lantak lah kau. Itu isu kau. Aku dah biasa sangat dengan jenis macam kau.
Aku redha.
Kau boleh cakap sama sama puak kau. Alhamdulillah-kan semuanya.
Aku ada DIA yang maha adil.
Harap korang gembira. Terima kaseh.

Titik.

24.3.10

Sakainisme.









Kau rasa nak hayun penyepak? Nak ongbak kepala?
Silakan masuk. :)

22.3.10

Testing : 30 Hari Di Wad Perubatan The Sequel.


Lif, partner saya untuk dua bulan ni. :)


Kata izyan "sy suka buat muka feses" :)


Kaki saya ada dua. :)


On janda ke 12133 :D



Saja nak testing jelly fisheye lens saya. Baru sampai terus guna.
Waktu bekerja. Syif petang. Muka hampeh semua dan ianya tidak perlukan SLR berharga ribu ribu ringgit malaysia kerana :
Semua guna mobile sahaja ye.
:)

21.3.10

Go Sini.


Dengar lagu ni buat sementara waktu. Baru rasa sedar diri sikit.
Jauh sangat dah sekarang.



Taubat. 

Mengeluh Lagi.

Pejam sekali takpa lagi.
Sekarang dah berapa kali berkelip tak sangka cepat sangat.
Semalam kurang satu orang lagi.
Jumlah semua dah kurang dekat sepuluh orang.

Dan saya tak penah suka rasa macam ni.
haihhh.

19.3.10

Remember : Today We Lost A Very Good Friend.

Dia pergi lagi.
Kali ni bukan sebab mid sem ataupun cuti sem break.
Dia pergi untuk yang selamanya. Betul untuk selamanya.
Tak perlu kau orang nak persoalkan khabar angin. Aku lihat sendiri.

Dia berdarah. Dia tak pandang kami lagi.
Dia baring. Langsung tidak senyum pada kami lagi.
Dia takkan mungkin akan bangun.

Lepasni tak boleh suruh dia guntingkan rambut lagi.
Lepasni tak boleh gurau gurau dengan dia lagi.
Dari semester satu sampai semester empat aku dengan kau.
Banyak kenangan kita buat sama sama.

Sunyi.
Mana nak cari ganti kawan macam dia.
Baek. Tak pernah buat susah orang lain.

Malam tadi dia pergi. Selamanya.
Takkan dapat jumpa lagi. Kami semua akan ingat kau. Sampai bila bila.




Selamat jalan ricky. Travel well.

18.3.10

Terima Kasehan.



Mereka ambilan jun dua ribu lapan.
Diploma Pembantu Perubatan.

Dan semestinya bukan lagi geng pecah belah. kot.

16.3.10

Budak Hebat Taklah Hebat Sangat Pun.

Hai geng !

Hari ni kau buat apa lagi. Dengan siapa lagi yang kau nak lawan. Dah habis akal kau agaknya buat macam tu depan dia. Fikiran jenis gerila sungguh kau ni.

Kau kenal siapa tu kan? Pangkat lagi tua dari ayah , abah , abuya kau. Dan yang pastinya, Dia pengajar kau. Aku tahu kita budak budak bodoh. Selalu jadi barang mainan orang yang lebih bagus yang ada segalanya. Tapi maaf geng aku bukan nak cakap hal mana atau tak kau patut buat. Kau boleh fikir. Mesti boleh fikir punya aku percaya.

Sekarang kau dah kotorkan. Semuanya yang ada terpaksa rasa sorang sikit najis yang kau dah buat. Kau tahu apa naseb yang akan jadi.

Masa depan kau dah gadaikan. Sediakan ringgit malaysia banyak banyak ye geng. Kau sedialah. Bukan nak sebuk tapi sebab kau , mereka yang tanggung sebakul.


Relaxxx. Esok maseh ada kan geng.
Mengadap-lah kau.

11.3.10

The Thing Is.

Maybe im the mr.right...

But,

Maybe im the wrong you like. :)

30 Hari Di Wad Perubatan.

Alhamdulillah.

Masuk dalam wad perubatan segalanya nampak lancar. Dah boleh ramal yang dalam masa terdekat ni buku log mesti boleh diisi dalam sekelip mata. Bersyukur dapat berjumpa dengan mereka mereka yang sangat bermurah hati untuk memberikan peluang kami berempat untuk buat prosedur. Terima kaseh doktor. :)

Duduk sekali dengan junior. Semester satu. Maseh hingusan lagi semua. Tapi takpa. Kita semua pun mulanya dari junior bukan, jadi hingusan atau tidak bukanlah masalah besar. Kita belajar. Kita bukan bekerja ye kawan. Ingat. Sampai mati kena ingat.

Kali dapat lagi dengan mereka. Mereka yang dah 'besar besar' semua. Tak lama saja lagi akan dapat jawatan itu jadi mereka ibaratnya bos yang bisa beres-kan semua prosedur. Mereka baek. Selalu beri respon muka yang mesra bila ditanya soalan. Terima kaseh juga ya. Atas mimik muka itu. Sahaja.

Nak tengok mereka. Nak belajar dari mereka. M
Bukan apa. Supaya nanti tak buat benda sama macam mereka. :)




** Belajarlah dari semua benda. Nanti senang diri sendiri. Jumpa lagi. Selamat malam.

7.3.10

Fe-ra-saa-an.

Kena belajar kuat. Dah tak boleh tinggal sorang sorang lagi lepastu biar mereka semua berjaya. Tahu aku iri hati dengan mereka. Iri hati sebab mereka semua dah berjaya habiskan tiga tahun ini. Nak yang seperti mereka. Tidak ada kepuasan laen selain menjadi macam mana apa yang mereka dapat sekarang. Kalau tak apa guna habiskan berpuluh puluh ribu ringgit malaysia kan.

Senior. Semua terbaek. Aku? Ikut jalan yang sama. Berusaha !. Biarlah. Separuh pun separuhlah. Janji jaminan untuk masa depan sudah ada. Aku bersyukur. Hepatomegali segala memang tak terkata.

Cuma.


Kurangnya adalah dia. Dia. Kawan maksud aku. Mana nak cari yang ikhlas. Setiakawan katanya tapi hal ini yang dibalas. Perasaan yang bukan bukan kita tanam bagai nak rak. Sudahlah. Bukan sekali bukan dua. Aku penat.
Susah macam ni. Susah.

6.3.10

A Niu Dey. An old story.

Cepatnya.
Masa berlalu sangat pantas. Segala macam peristiwa dalam masa sebulan disitu terpaksa ditinggalkan. Tinggalkan semua kecuali penat lelah pengalaman yang di-cari. Pejam celik pejam celik kata orang kebanyakkan.

Seronok.
Pertama sekali bukan sebab dapat buat macam macam prosedur klinikal tapi disebabkan dapat jumpa ramai orang. Dari yang sakit hinggalah perawatnya. Kali ni naseb aku bertuah. Boleh lepak dengan 'orang' kementerian kesihatan yang ego mereka tidaklah setinggi sebagaimana segelintir 'orang' itu. Baek. Banyak yang boleh aku belajar dari mereka. Balasan pahala aku doakan pada yang esa sebagai ganti ilmu yang telah diberi. Semestinya berkawan itu adalah satu nikmat yang susah untuk digambarkan hasilnya.

Habis.
Cuma tiga puluh hari diberikan untuk merasa peluang berada dalam wad pembedahan. Berbagai kes. Berbagai ekspresi. Berbagai cara pemulihan dan rawatan. Aku? pengalaman dikutip satu demi satu. Semester empat adalah fasa terakhir aku menuntut dalam bidang ini dan ianya sudah semestinya semakin payah.



Hari Baru.
Tinggalkan pembedahan. Buku refleksi hari ni juga berwajah baru tanda amanah semasa berada disitu sudah dibereskan. Satu per satu. Menipu dan Jujur. Biasalah. Diamkan saja.

'jangan makan sorang'
'lepasni bila dorang masuk kecemasan korang buat sama macam mana korang kena hari ni'
'student tak boleh buat ini. Itu lagi tak boleh'

Aku ingat. Ingat semua tu. Terima kaseh cik,
kerana mengajar,
kerana menegur,

Wad perubatan akan jadi tempat terakhir sebelum balik untuk peperiksaan akhir bagi semester ini di kolej dan aku akan pastikan tiga puluh hari lagi disini sebagai waktu paling sibuk untuk mentekedarah segala ilmu yang ada. Itu amanah yang perlu aku usahakan untuk buat 'gaster' mama rasa sejuk dan kesemua lima lima 'lobes' ayah rasa lapang.

Mohon yang maha esa berikan segala kelapangan. Minta dijauhkan kecelakaan.
Minta dijauhkan kecederaan.