27.4.10

There.

Put trust,
Not hope.

Selamat Malam.

25.4.10

Untuk Dua Minggu.

Sekarang aku dah makin dewasa. Makin lama makin sekejap masa untuk keluar cari makan sendiri.
Cari duit buat kasi balik duit pinjaman berjuta juta dengan si pemurah. Tapi okey lagi sekarang sebab jaminan untuk masa depan tu dah ada. Bolehlah tidur malam lena tak payah fikir jual muka lepas sudah belajar tiga tahun ni. Paper akhir semester empat dah lama lepas. Aku pun dah kira nak dekat lama jugak raya keling. Tapi aku taklah mabuk macam keling pun. Cuma suka suka sikit itu biasalahkan.

Tak sangka juga awak dah lama duduk sebelah saya. Kira kira dekat dua tahun lebih juga-lah kan. Harap boleh lama lagi. Harap awak tak bosan menunggu lama sangat. Saya pun nak balik rumah dah. Sekejap masa saja lagi harap maklum.

Hari ni satu hari hujan. Kejap renyai. Kejap tu lebat juga.
Bosan. Tapi selamat sempat bawa baju panas. 
Awak,
Macam ni lah. Kalau ada apa apa cari saya dekat Unit Hemodialisis sebab saya posting sana dua minggu.

Sebelum tu nak cakap terima kaseh dekat Papa sebab takda bagi buku refleksi lagi untuk kali ni.
Okeh, Selamat petang,
Hujan hujan ni jaga barang takut terkena Priapsm ! :)

24.4.10

Demam dan Pengubatannya Yang Tak Susah Sangat Pun.


 Pengenalan.
Kenaikkan suhu badan manusia boleh disebabkan oleh sejumlah faktor penyebab, antara contohnya ialah akibat infeksi mikrob atau virus. Jika suhu badan meningkat melebihi 41 celcius, maka ia harus segera diturunkan dengan segera. Ini kerana suhu badan yang terlalu tinggi boleh merosakkan dan merencatkan sel sel dalam otak. Peningkatan suhu yang mendadak ini biasa dikenal dengan istilah Demam.


Isi.
Dengan bacaan saya dari sumber yang boleh dipercayai,
--------------------------------------------------------
Melalui sejumlah hadis, Nabi saw telah memberikan gambaran tentang teknik pengubatan demam ini. Baginda menyarankan penggunaan air dingin untuk mematikan api demam pada tubuh pesakit. Diriwayatkan oleh Al-bukhari dan muslim dari Aisyah r.a , dari Nabi saw baginda bersabda :


" Demam itu disebabkan percikan api neraka jahanam, maka dinginkanlah dengan air. " Ketika menderita demam yang begitu hebat menjelang wafat, Rasulullah saw memerintahkan untuk menyirami tubuhnya dengan tujuh baldi air yang belum putus talinya." 

HR. Al-Bukhari.

Walaupun sekarang aku tahu belambak lambak peralatan medik, Jenis ubatan yang telah mengalami kemajuan yang cukup hebat pada masa kini. Namun pengubatan ala Nabi saw tetap merupakan yang paling ideal dan yang paling mudah nak buat dalam kes ini. Sebabnya, dalam beberapa kes peningkatan suhu badan para doktor cenderung menggunakan air dingin untuk menurunkan suhu tersebut. Kalau dalam zaman kita ni aku boleh katakan cara yang digunakan dah semestinya 'Mandi Berjelum'. 

Isi penting.
Jangan pulak korang rasa terbeban dengan Demam ni, sebabnya :
-----------------------------------------------------------------
Demam yang menyerang tubuh memiliki beberapa manfaat sebenarnya. Pensyarah aku pernah cakap : Demam itu sebenarnya adalah tindak balas tubuh melawan bakteria. 

Secara mudahnya apabila kita demam sel darah putih bertindak sebagai pelindung semulajadi akan memusnahkan virus virus yang menyerang tubuh lalu membentuk antibodi kekal dalam tubuh. Antibodi yang terjadi tidak hanya melawan tubuh dari virus dan bakteria sahaja kalau korang nak tahu, tapi juga membantu meningkatkan daya tahan tubuh melawan sel sel kanser pada awal pembentukannya.
Rumusan.
Oleh itu sekarang korang tahu bahawa demam bukanlah penyakit pun sebenarnya. Malah sebahagian besar penyakit memberikan simptom penyembuhan dengan munculnya gejala demam. Tubuh badan kita sendiri sebenarnya dah mampu untuk hasilkan 'ubat' yang lebih jauh lebih bermanfaat dari ubatan Paracetamol yang umum tahu boleh merosakkan hati dalam jangka masa panjang. 
Aku minta maaf dulu kerana ilmu yang ada depan mata ni masih lagi tidak lengkap. Maklumlah aku bukan doktor yang hujahnya lebih meyakinkan dan aku pun bukan orang alim yang pandai gunakan Kalam kalam yang sesuai. Sebarang pertanyaan boleh pergi ke kaunter sebelah. Disini aku tinggalkan korang dengan sabda nabi :

" Janganlah kamu mencela Demam kerana Demam dapat menghilangkan dosa seperti api yang menghilangkan kotoran besi. " - HR. Ahmad.

Rujukan.
sumber sesuka hati dari buku yang dihadiahkan sahabat.

23.4.10

Kotak Hati.

Maka oleh itu aku beruntung dengan adanya mereka mereka ini yang tak pernah muak untuk memberi semangat.
Setiap hari ada saja mereka datang dan beri kata kata yang cukup untuk buat aku malu.
Malu. Sebab aku lambat sedar. Tapi mereka aku cakap terus terang memang tak reti bahasa ; penat , letih.
Sanggup peduli sanggup buat lebih dari yang aku dapat bayangkan.

Allah maha besar. Allah maha adil. Maha mendengar. Membalas sesuatu dengan baik sekali.
Mungkin aku buat tak kena. Sekarang dah kena aku harapkan kifarahNya. Itu saja. mungkin.
Biasalah. Aku orang biasa.
Nafsu keliling pinggang. Jahatnya tak pernah berhenti.

Kata lah kau nak kata nak apa. Mulai sekarang kau bebas. Aku serik. Sungguh aku kata sekarang memang taknak ulang benda sama lagi, kalau boleh selamanya.

Sebab.
Hm, kau tak perlu tahulah sebab apa. Kalau tahu nanti takut menyusah dan disusah-kan lagi.

Terima kaseh awak awak semua. Ikhlas aku cakap ni untuk semua ye.
Apa yang jadi tu anggaplah pengajaran kata mereka mereka keliling pinggang.
Terima kaseh kawan kawan. 

Mana boleh tak ingat. Lupa jauh sekali-lah. Itu pengajaran khas untuk aku.
Kena ingat jugalah macam mana pun.
Sampai mati. :)




** kenapa sampai mati ?
     sebabnya bila dah mati 3 barang saja boleh bawa pergi. Too bad.

22.4.10

Suatu Masa Dulu.



Sebenarnya curi dari grup dekat fesbuk ni. Simpanan sendiri tak tahu dekat mana.
Nak cari balik ibarat macam maen jumanji.
Katanya nak adakan gathering bulan lima ni. Harap jadilah.
Amin.

** saya maseh lagi ragu ragu mana saya dalam gambar di atas. Sungguh teruk rasa perasaan sebab gagal cam diri sendiri.

Nawaitu.

Lepasni aku nak berkongsi tentang hal perubatan sikit.
Perubatan ilmiah ke , Perubatan islam ke , Perubatan Sunnah ke , Perubatan tradisional ke.
Tak kesahlah apa nama sekali pun.

Sekarang nak kena buat research sikit mana mana yang patut.
Pada kawan kawan yang ada maklumat tu bolehlah kongsikan dengan saya.


Saya.
Akan.
Cuba.

Baek.

Sooooon, Insya-Allah.

21.4.10

At Last.

Dapat juga jumpa semua.
Terima kaseh kepada kawan saya Siti Aisyah kerana memulakan ini.
Oh, lupa. Siti Aisyah adalah sahabat saya dari tadika lagi wahai dunia. :)

Semua dah besar besar ye sekarang.
Selamat berkenalan bagi mereka yang maseh belum dapat cam.
Semoga Allah permudahkan urusan kita semua kelaknya.

Dan saya agak tidak sabar untuk 'gathering' yang akan datang ni.
Hait !

19.4.10

Bersabar, Berdoa, Bertawakal.

Hari ni. Aku tak balas. Tapi aku nak bagi kau yang ini :


-------------------------------------

Oleh itu, berperanglah (wahai Muhammad) pada jalan Allah (untuk membela Islam dari pencerobohan musuh); engkau tidak diberati selain daripada kewajipanmu sendiri. Dan berilah peransang kepada orang-orang yang beriman (supaya turut berjuang dengan gagah berani). Mudah-mudahan Allah menahan bahaya serangan orang-orang yang kafir itu. Dan (ingatlah) Allah Amatlah besar kekuatanNya dan Amatlah berat azab seksaNya.
|An-Nisa: 84|
 
------------------------------------
Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.
|Muhammad: 7|
 
------------------------------------

Dan apabila mereka (yang beriman itu) keluar menentang Jalut dan tenteranya, mereka berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir”
|Al-Baqarah: 250|
 
 
 
Allah maha besar.
Maha mendengar.
Maha adil. 
 
:)

17.4.10

Hari Anda.


Untuk sementara waktu.

Malaslah aku nak tulis sini.
Sebab semua pun mesti nak tunggu isnin ni. 

Macam aku cakaplah. 
Lebih baik cerita tentang orang.
Jangan buat cerita tentang orang.

Malu !

16.4.10

Tak Makan Siku.

Esok lagi sekali nak kena bagi statement.
Pening aku.
Nak pergi tengok buku surgical sekaranglah.


All the best.

14.4.10

Screening People.

Ish. Lambat aku sedar. Kau ni menakutkanlah.
Sebenarnya apa kau nak. Diam diam sempat lagi menganjing aku tadi.
Baek kau pergi maen jauhlah.

Aku dah nampak.
Taknak kena tikam lagi.
Letih bersangka baek dengan kau dan segala suku sakat kutu corporis , carpitis , humanus kau yang laen.
Tolonglah.

Dan kau sorang lagi. Apa nak jadi. Semua benda kau nak gebang. Semua kau nak letupkan.
Sakarang.
Berani buat berani tanggunglah.
Nasib. Apa boleh buat.

* Gelak sinis.

11.4.10

Lebih Baek Kalau Macam Ni.

It's better to Hated for what you are ,
Than to Loved for what you are not .

- kurt cobain.

8.4.10

All The Best Semua.

Semua pelatih pembantu perubatan semester empat.
Semua kawan.
Semua lawan.
Semua penikam belakang.
Semua kawan yang baik hati.

Semoga kita dipermudahkan urusan depan kertas peperiksaan akhir nanti.
Sekejap masa berlalu.
Masing masing semakin membesar.
Nanti posting kita jumpa lagi ye.

Untuk OSCE nanti.
Pastikan buang semua anxiety dan palpitation sebelum tengok muka pensyarah. :)



**Akan sibuk untuk dua tiga hari ini. Akan.

7.4.10

Si Talam.

Bukan itu yang aku nak.
Aku yang selalu diperlakukan macamtu sebenarnya.
Kau dah lupa semester dua?
Ingat balik jangan buat buat dapat amnesia.
Kau kenal siapa yang kenakan siapa. Atau lebih manes mungkin kau juga yang turut terlibat lempar tahi pada aku dan juga kawan kawan yang lain.
Jangan sibuk nak menyalak. Bukan kau seorang yang orang lain respek. Bukan kau seorang yang orang anggap hero dekat sini.
Aku kenal kau siapa. Kau yang selalu main intai intai.
Kau fikir aku mudah lupa?
Sorry , aku bukan jenis melayu macam tu kot. Hopefully.
Aku tahu apa kau buat belakang aku. Memang ramai sangat jenis macam kau dalam kelas kita.
Aku dapat cam satu satu sejak dari hari aku kena busuk depan semua orang.

Untuk kau.
aku juga akan buat yang sama macam kau buat.
Setuju atau tidak itu hal engkau.

Tak pasti?
Itu yang paling bernilai.

Aku memang bukan pembalas. Bukan pedendam yang tegar.
Tapi aku ada tuhan yang akan dengar setiap doa yang aku sampaikan.

Setiap hari.
Setiap saat.
Pagi dan petang.

Tanda aku di-aniaya oleh kawan.Dan juga kawan kawan yang lain juga. :)





Geng.
Talam yang kau kata tu.
Itu yang aku akan pulangkan pada kau macam waktu dulu dulu.


-----------------------------
** Selamat buat OSCE sabtu ini. :D

4.4.10

Baca Sini.

Selamat datang sini.
Tolong jangan tanya aku yang selebihnya ye.
Nanti jadi cerita buruk aku lagi dibusuk busukkan.

Jadi.
Baca sahajalah ok.


Jumpa dekat kelas nanti.
Selamat buat OSCE minggu depan.

3.4.10

Sikit Saja Lagi.



Tolong jangan lewat ye. Tak sabar sangat dah ni.
:)

1.4.10

Al-Fatihah.

1230 Pagi jumaat ini.

April Selamat.

Aku akan jadi diri aku.
Supaya aku boleh baiki untuk jadi yang terbaek.
Cakaplah apa apa pun. Sebab.
Tuhan maha adil.
Aku terima.
Semuanya sekali.