1.12.09

Akhirnya Kita Kau dan Aku

Memang berkerutu buntut duduk dalam bas hebat tu. Jangka masa yang lama itu membuatkan segala kenangan masa cuti terlintas di fikiran. Pagi pagi lagi ibu kejut bangun subuh tapi macam biasa aku memang kelahirannya yang suka memberontak dan membantah. Ibu tak pernah mengalah untuk kejutkan walaupun berkali kali menjerit tanda marah. Bangun terus pergi dapur lihat ayah tekun siapkan borang borang biasiswa kementerian pertahanan aku yang baru saja diluluskan. Lepas mandi terus siap dan ke dapur untuk mentekedarah apa yang ibu masak. Bas aku untuk bertolak ke kelantan pagi ini lebih kurang lapan setengah pagi dan masa masa terakhir tersebut aku rasakan begitu cepat berlalu membuatkan hati ini sedikit menanges,berat ingin meninggalkan semuanya. Sedih terpaksa lupakan semua perkara hebat yg aku lakukan bersama sama Kita pada cuti kali ini. Masa yang ada aku habiskan untuk Kita tanpa ada rasa ragu ragu. Kita bermaen. Kita melepak. Kita buat semuanya dengan riang. Mungkinkah waktu yang dihabiskan itu suatu pembaziran ?. Tidak adalah jawapan yang pasti aku akan berikan.Waktu terluang bersama itu membuatkan Kita semakin rapat. Semakin senang dan serasi bersama. Oh hubungan sedia ada ini sungguh hebat antara Kita semua. Bayangkan betapa seronoknya Kita 'menziarahi' kubur cina terbesar asia pada waktu malam. Kita buat kerja amal di surau. Kita berkompang. Kita ronda ronda taman kononnya tanda menjaga taman. Kita sempat ke TTC untuk berseronok. Malah sempat lakukan sesi fotografi 'band' salah seorang dari Kita. Semuanya itu Kita lakukan bersama. Tak pernah membezakan umur ataupun kasta hidup antara Kita. Dan apa yang engkau lihat disini hanyalah sedikit dari apa yang aku dan Kita lalui. Aku rasakan tak perlu untuk dituliskan semua kerana apa yang ada diatas sudah cukup untuk pengetahuan dan bukanlah untuk melihatkan pada engkau perasaan aku yang melebih lebih. Aku bukan menulis untuk engkau dan bukan juga untuk mendapatkan kaseh sayang dari engkau yang berfikiran tipikal. Kita,bila lagi dapat lakukan semuanya ni. Sungguh aku tak sabar menunggu. Buat kau. Jangan bersedih. Aku akan balik lagi. Dan seperti biasa aku akan dapatkan kau. Sungguh sejuk hati ni bila adanya kau dekat dengan aku. Gembiranya aku dapat habiskan waktu tu bersama kau. Aku seronok dapat puaskan hati kau untuk seketika selepas berapa lama kau terpaksa menunggu untuk aku pulang ke sana. Masa yang digunakan untuk kau aku himpunkan tanda kenangan untuk kekuatan masa hadapan. Seperti biasa aku tahu akan ada kata kata dari kau yang menghalang apabila aku ingin pulang ke sini. Aku sedar kau juga manusia. Punya perasaan seperti yang laen. Aku harap kau dapat sabar. Sabar untuk kali yang seterusnya lagi. Dan apabila putarannya sudah sampai berdoalah supaya masa sekali lagi menyebelahi semuanya. Sungguh aku rasakan masa cuti kali ni adalah yang terbaek. Untuk Aku. Bersyukur aku pada tuhan kerana telah berikan aku semuanya ini. Tapi semuanya hanya sebentar. Ingatan yang tadi bermaen dalam fikiran semertanya hilang. Hilang kerana itu adalah tandanya waktu sudah sampai. Aku sedar. Kelantan destinasi untuk sambungan semester yang seterusnya. Tepat waktu tujuh setengah malam aku turun menjejak kaki ni sekali lagi disini untuk tempoh yang telah ditetapkan. Untuk Kita takkan sekali sekali aku lupa apa yang dilakukan dan untuk kau aku akan simpannya menjadi memori hebat yang hanya aku rasakan dan sebagai himpunan kenangan disana apabila sunyi berada disini. Harapan dari ayah ibu aku jadikan semangat melawan nafsi nafsi yang merosakkan. Disini permulaannya disambut mereka kawan serumah.. Yang seterusnya aku berikan kepada masa untuk mendapatkan jawapan.

No comments:

Post a Comment

aku bukan orang tua korang nak tegur, aku bukan sesiapa pun so pandai pandai la ye.