30.12.09

Report : Pelatih Ganas Lepas Gian Part 2.





 Tak Sedar/Sedarkan Diri.


Puas. Memang puas dapat ikut program jabatan semalam walaupun kena hina dengan pensyarah sebab banyak sangat buat masalah. Takpelah kami memang kumpulan pelatih paling genius dan brutal sekali dalam jabatan kan. Tak pernah ada kumpulan dalam jabatan buat masalah teruk macam sial tapi maseh kontrol ayu macam kami. Kami tak kesah sebab kami semua cerdik cerdik belaka dan tak perlu makan haloperidol atau minum paraquat macam orang laen. Sebelum terlupa nak cakap terima kaseh pada pembuat masalah sebab menatang rancangan kau tak jadi walaupun semua tahu kau miskin tak ada ringgit malaysia nak bayar yuran program lepastu buat perangai macam babi menyusahkan orang laen. Kami malas. Kami tak ada masa nak peduli orang macam kau tapi kalau dah sampai semua manusia tak pasal pasal dapat stigma buruk rasanya tak salah kan kalau balas semula pada kau semampu yang boleh. Apapun pelatih semester empat semalam memang semuanya terbaek. Betullah kami memang kumpulan paling brutal. Arahan langsung kami tak ikut. Bila acara yang membabitkan semua kumpulan sememangnya kumpulan semester empat lah yang paling hevok. Acara orang dah jadi macam acara sendiri. Bila kumpulan lain mengata kami selalunya kami tak pernah menunjukkan apa apa reaksi melampau cuma sekadar menjeling tanda terima kaseh atas rasa cemburu mereka dalam hati sendiri. Kami kumpulan semester empat secara fisiologikalnya tahu mengenai kumpulan yang paling kuat menunjukan rasa tidak puas hati dengan emosi separuh waras kami yang terdiri daripada kalangan budak budak hingusan yang comot lagi bangang ini. Kata seorang rakan dengan senyuman. 'Kalau takda semester empat hari ini takkan meriah program dekat pantai'. Setuju. Kami memang kuat bergaduh. Bergaduh pula hal mesti paling kecil dan boleh dianggap bodoh dikalangan orang dalam mahupun luar. Nak buat macam mana kami kumpulan yang tak boleh diharap. Dari semester satu sampai semester empat isu berbangkit tak pernah selesai. Program apa yang kami buat tak bergaduh. Wajib bergaduh dan sunat bagi kami untuk berpuak puak dan berpecah belah. Kami memang gangster. Bila bergaduh tak cakap dengan penghulu tapi terus pergi serang Bos besar jual muka tak tahu malu kononnya minta belas supaya kelak dia akan beritahu penyelesaian untuk kami. Kami bukan bodoh. Kami hidup dalam keluarga besar bersama sama selama berada di kolej cantik ini. Selama itu juga kami lahirkan puak puak supaya masing masing boleh nampak hebat dan berpengaruh dalam kelas. Pelik. Dalam kalangan kami juga adalah majoriti yang menjadi wakil pelajar kolej cantik. Sedih kami bila ada dikalangan pensyarah yang sudah melabel kami yang tentunya tidak menyenangkan perut masing masing apabila isu yang terjadi ini akan melibatkan jangka masa panjang. Hal yang terjadi hari ini kami akan dijadikan memori indah buat semua pelatih semester empat. Akhir. Diulang sekali lagi bahawa sah lah kami adalah kumpulan paling brutal dalam jabatan yang sukar diganggu gugat kumpulan laen dan sedang berada dalam kalangan orang orang yang dihina. Terima kaseh sebab tak bersikap hipokrit kepada kumpulan semester empat ambilan jun tahun dua ribu lapan.




Tak sedarkan diri.
Kamil Johari.

No comments:

Post a Comment

aku bukan orang tua korang nak tegur, aku bukan sesiapa pun so pandai pandai la ye.