7.1.10

Projek X Kita.

Selamat Pagi. Macam mana dengan rancangan kita. Projek X kita yang bakal menggemparkan seluruh pelusuk kolej. Bagaimana, Bila. Dimana. Untuk apa. Semuanya adalah hasil air tangan kita semua khas untuk keluarga sebelum keluar dari sini untuk mendapatkan pengalaman yang lebih. Selepas ini kemana kita. Selepas ni siapa kita. Kita yang selalu buat hal kemudian tinggalkan hasil buruk pada nama kelas masing masing. Tidak mengapa bagi saya itu semua adalah kenangan lepas tidak perlu untuk diukur pada kita. Kita yang dilabel dengan berbagai bagai nama inilah yang dipilih. Kita yang menjadi bahan umpatan oleh sesetengah rakan rakan semester lain inilah yang diangkat untuk menjayakan projek khusus ini. Rangka cadangan dan usaha awal dari semua sangat menampakkan bakal ada hasil yang akan membanggakan semua orang dalam keluarga besar. Buat apa menipu. Tak percaya. Kamu boleh lihat sendiri dan tanya pada semua ahli kelas. Kamu semua pasti terkejut dengan projek rahsia kami ini. Enam kumpulan sudah dibahagikan dengan beban tugas masing masing yang memerlukan sereberum diperah dan serebelum dikerah menghasilkan neuron idea untuk digunakan apabila tiba masanya dikhalayak ramai nanti. Paling mencabar semestinya tugas para jurusolek kami yang perlu mendandan barisan pelakon kami. Efek dan kesan khas kami janjikan pada semua tanpa perlukan teknologi luar. Ahli lain yang akan terlibat dalam projek rahsia ini terdiri daripada barisan pelakon sendiri , pasukan perubatan satu , pasukan perubatan dua , orang awam , pasukan polis dan bomba dan pasukan khas logistik. Bagi kamu yang melihat nantikan hasil projek rahsia ini dalam bahagian seterusnya. Medic ! : Pecah Belah !.



25012010.

No comments:

Post a Comment

aku bukan orang tua korang nak tegur, aku bukan sesiapa pun so pandai pandai la ye.