6.3.10

A Niu Dey. An old story.

Cepatnya.
Masa berlalu sangat pantas. Segala macam peristiwa dalam masa sebulan disitu terpaksa ditinggalkan. Tinggalkan semua kecuali penat lelah pengalaman yang di-cari. Pejam celik pejam celik kata orang kebanyakkan.

Seronok.
Pertama sekali bukan sebab dapat buat macam macam prosedur klinikal tapi disebabkan dapat jumpa ramai orang. Dari yang sakit hinggalah perawatnya. Kali ni naseb aku bertuah. Boleh lepak dengan 'orang' kementerian kesihatan yang ego mereka tidaklah setinggi sebagaimana segelintir 'orang' itu. Baek. Banyak yang boleh aku belajar dari mereka. Balasan pahala aku doakan pada yang esa sebagai ganti ilmu yang telah diberi. Semestinya berkawan itu adalah satu nikmat yang susah untuk digambarkan hasilnya.

Habis.
Cuma tiga puluh hari diberikan untuk merasa peluang berada dalam wad pembedahan. Berbagai kes. Berbagai ekspresi. Berbagai cara pemulihan dan rawatan. Aku? pengalaman dikutip satu demi satu. Semester empat adalah fasa terakhir aku menuntut dalam bidang ini dan ianya sudah semestinya semakin payah.



Hari Baru.
Tinggalkan pembedahan. Buku refleksi hari ni juga berwajah baru tanda amanah semasa berada disitu sudah dibereskan. Satu per satu. Menipu dan Jujur. Biasalah. Diamkan saja.

'jangan makan sorang'
'lepasni bila dorang masuk kecemasan korang buat sama macam mana korang kena hari ni'
'student tak boleh buat ini. Itu lagi tak boleh'

Aku ingat. Ingat semua tu. Terima kaseh cik,
kerana mengajar,
kerana menegur,

Wad perubatan akan jadi tempat terakhir sebelum balik untuk peperiksaan akhir bagi semester ini di kolej dan aku akan pastikan tiga puluh hari lagi disini sebagai waktu paling sibuk untuk mentekedarah segala ilmu yang ada. Itu amanah yang perlu aku usahakan untuk buat 'gaster' mama rasa sejuk dan kesemua lima lima 'lobes' ayah rasa lapang.

Mohon yang maha esa berikan segala kelapangan. Minta dijauhkan kecelakaan.
Minta dijauhkan kecederaan.

No comments:

Post a Comment

aku bukan orang tua korang nak tegur, aku bukan sesiapa pun so pandai pandai la ye.