Kenaikkan suhu badan manusia boleh disebabkan oleh sejumlah faktor penyebab, antara contohnya ialah akibat infeksi mikrob atau virus. Jika suhu badan meningkat melebihi 41 celcius, maka ia harus segera diturunkan dengan segera. Ini kerana suhu badan yang terlalu tinggi boleh merosakkan dan merencatkan sel sel dalam otak. Peningkatan suhu yang mendadak ini biasa dikenal dengan istilah Demam.
Isi.
Dengan bacaan saya dari sumber yang boleh dipercayai,--------------------------------------------------------
Melalui sejumlah hadis, Nabi saw telah memberikan gambaran tentang teknik pengubatan demam ini. Baginda menyarankan penggunaan air dingin untuk mematikan api demam pada tubuh pesakit. Diriwayatkan oleh Al-bukhari dan muslim dari Aisyah r.a , dari Nabi saw baginda bersabda :
" Demam itu disebabkan percikan api neraka jahanam, maka dinginkanlah dengan air. " Ketika menderita demam yang begitu hebat menjelang wafat, Rasulullah saw memerintahkan untuk menyirami tubuhnya dengan tujuh baldi air yang belum putus talinya."
HR. Al-Bukhari.
Walaupun sekarang aku tahu belambak lambak peralatan medik, Jenis ubatan yang telah mengalami kemajuan yang cukup hebat pada masa kini. Namun pengubatan ala Nabi saw tetap merupakan yang paling ideal dan yang paling mudah nak buat dalam kes ini. Sebabnya, dalam beberapa kes peningkatan suhu badan para doktor cenderung menggunakan air dingin untuk menurunkan suhu tersebut. Kalau dalam zaman kita ni aku boleh katakan cara yang digunakan dah semestinya 'Mandi Berjelum'.
Isi penting.
Jangan pulak korang rasa terbeban dengan Demam ni, sebabnya :
-----------------------------------------------------------------
Demam yang menyerang tubuh memiliki beberapa manfaat sebenarnya. Pensyarah aku pernah cakap : Demam itu sebenarnya adalah tindak balas tubuh melawan bakteria.
Secara mudahnya apabila kita demam sel darah putih bertindak sebagai pelindung semulajadi akan memusnahkan virus virus yang menyerang tubuh lalu membentuk antibodi kekal dalam tubuh. Antibodi yang terjadi tidak hanya melawan tubuh dari virus dan bakteria sahaja kalau korang nak tahu, tapi juga membantu meningkatkan daya tahan tubuh melawan sel sel kanser pada awal pembentukannya.
Rumusan.
Oleh itu sekarang korang tahu bahawa demam bukanlah penyakit pun sebenarnya. Malah sebahagian besar penyakit memberikan simptom penyembuhan dengan munculnya gejala demam. Tubuh badan kita sendiri sebenarnya dah mampu untuk hasilkan 'ubat' yang lebih jauh lebih bermanfaat dari ubatan Paracetamol yang umum tahu boleh merosakkan hati dalam jangka masa panjang.
Aku minta maaf dulu kerana ilmu yang ada depan mata ni masih lagi tidak lengkap. Maklumlah aku bukan doktor yang hujahnya lebih meyakinkan dan aku pun bukan orang alim yang pandai gunakan Kalam kalam yang sesuai. Sebarang pertanyaan boleh pergi ke kaunter sebelah. Disini aku tinggalkan korang dengan sabda nabi :
" Janganlah kamu mencela Demam kerana Demam dapat menghilangkan dosa seperti api yang menghilangkan kotoran besi. " - HR. Ahmad.
Rujukan.
sumber sesuka hati dari buku yang dihadiahkan sahabat.
mandi berjelum tu camne arr ?
ReplyDeletekeje nursing. aku tak penah buat langsung. :)
ReplyDelete