18.12.09

Satu Sembilan Dua Belas Kosong Tujuh.

Awak. . .

Dengar tak saya panggil ni. Awak pandang lah sini. Saya ada cerita. Saya nak beritahu awak. Awak ingat. Awak tak lupa kan. Setiap kali sembilan belas bulan akhir tahun mesti awak tunggu tunggu. Tu saya tahu. Macam ni. Dulu saya mimpi. Saya mimpi awak kawan dengan saya. Lama. Tapi takpa. Hari ni saya dan awak kawan. Kawan lama. Dari dulu saya dengan awak kenal sampai waktu ni. Seronok kan walaupun selalu awak kena sakit jantung sebab perangai saya. Betul tak saya tak tiga suku kan. Harap awak tak mati dan terus tinggalkan saya macam lembu dekat sini. Tapi sayang awak selalu jauh. Saya dekat sini selalu mengeluh nak tangkap awak. Masa dan keadaan selalu buat kita akur apa yang ada pada pilihan. Susah sesuatu buat kita rapat dengan memilih yang terbaek.


Awak. . .

Percaya tak. Saya dah buktikan untuk jangka masanya setakat ni. Yang lebih saya rasa awak dah faham. Tapi awak. Awak nak bawa saya kemana. Semuanya dah makin susah sekarang. Saya taknak sesat macam dengan mereka dulu. Jangan awak salah faham kata kata saya selama ni. Harapan yang saya bukanlah untuk awak lupa diri dengan fantasi sendiri. Saya dah serik. Awak rasa macam mana. Saya harap awak selesa , tabah sebab saya tak sehebat mereka dekat luar sana. Takpa. Sibuk jaga hal awak kan perkara mulia.


Awak. . .

Kita dah besar sekarang. Jangan menangis bila saya diam. Jangan leka bila saya marah. Teruskan sampai sudah sebab jalan paling baek rasanya berdiri atas kaki sendiri bukan. Saya mahukan seboleh bolehnya yang terbaek untuk awak. Sebab nanti bila saya pejam mata saya tahu tugas dah siap dan takda orang boleh buat awak menangis sorang sorang lagi. Akhir. Waktu dah sampai dan awak maseh dekat sisi. Terima kaseh untuk hari ini. Jangan awak berhenti. Selamat ulangtahun. Selamat malam. 143.




ikhlas,
Muhammad Kamil Johari.

No comments:

Post a Comment

aku bukan orang tua korang nak tegur, aku bukan sesiapa pun so pandai pandai la ye.