18.2.10

Hati, Setakat Ini Sajalah.

Hati. Rasanya dah cukup masa tu nak mengenali diri masing masing yang permulaan ceritanya hambar. Permulaannya, penuh dengan perasaan takut, ragu ragu dan langsung tidak ada kepercayaan lebih dari yang sepatutnya. Lambat. Apa yang boleh dikata. Proses fisiologikal katanya kalau dari bidang ini. Jangan dilupa. Semakin lama sesuatu yang ada dalam genggaman kita itu bermaksud semakin bertambah lah beban sehari hari. Apa yang mahu dicapai. Apa kesah pada pengakhirannya yang dilihat. Semuanya itu dicongak bersama dengan hati hati takut langkah yang diambil salah dan mungkin akan memberi kesan buruk pada semua orang am nya. Pada kita sudah semestinya terkilan. Mana mungkin orang yang tersungkur dalam lumpur boleh merasa suka. Itulah ibaratnya kalau waku yang ada diguna untuk hal remeh kononnya perihal wajib tanda perhatian dah kaseh sayang dua pihak. Umum tahu mana mungkin ada yang terbaek kalau hal yang terjadi itu datangnya dari manusia seperti kita. Pernah terlintas tentang masa depan. Tapi bolehlah dianggap itu hanya akan jadi mimpi mimpi kosong jika bersama kita tidak sudah menyalahkan satu sama laen apabila datangnya masalah jiwa. Ada yang berkata. Jika yang mahukan yang seperti itu harus lakukan yang betul, Bila jalannya betul dan juga dengan izin tuhan diri ini akan dapat yang terbaek. Tapi diri selalu tersilap. Kelemahan diri ini kerana selalu mengharapkan yang datang itu adalah terbaek dan terlupa yang diberi hanya terbaek untuk diri sendiri sahaja. Mimpi. Barangkali tidak lebih dari mainan sahaja. Hairan. Kekuatan datang dengan sendiri. Jauh sekali dan tidak mungkin dapat jika mahu dirungkai apa yang berada di sebalik tabir selama ini. Persoalan sudah semestinya bermaen dalam kedua dua belah otak kita. Dan hati masing masing dibantu akal insyaAllah akan memberi jawapan terbaek untuk pelengkap cerita bersama. Persoalan akan datang? Tak perlu. Ragam masa kini sudah lebih dari cukup memberikan bayangan masa depan. Sebabnya, bahagian yang paling sukar belum pun datang. Itulah harapan pada hati. Disitu ada jawapan pada semua termasuklah pada bahagian paling susah sekalipun. Dari hati bermula. Dari hati berjalan. Dari hati juga bakal mencorak warna kita bersama.





Awak , Terima kaseh pada hati tu.

No comments:

Post a Comment

aku bukan orang tua korang nak tegur, aku bukan sesiapa pun so pandai pandai la ye.