2.6.10

Vetebrae.

Kau memang terbaek. Alhamdulillah sebab dapat jugak datang rumah tadi walaupun dengar cerita ada hal itu ini dekat kolej. Aku faham kau dah nak grad tak lama lagi tapi hal malam tadi bukan sengaja nak direka reka. Aku perlukan muallim macam kau yang mana memang dah PRO dalam hal hal ni. Bukan senang nak dapat 'kelas' khas macam tu. Senang, ringkas dan juga menyakitkan hati dengan diri kau yang dari dulu tak reti reti penat buat benda sama iaitu tolong orang macam aku yang lembab lemah dalam pelajaran. Cuma tolong jangan jadi bangang macam tadi lagi, bukan apa cuma Fed-up asyik kena dengan kau. :")


Terima kaseh NH. Selamat malam.
Halalkanlah.

1.6.10

Akhi N.H.

Sahabat.
I will always listen to your advices.
You're my role model in this ukhwah.
You thought me the best you've got in a very simple way of islam.

But. Please sahabat.
If in a one fine day we're seperated by the distance.
Just remember that i will always be your second self.
I as your little brother will always be Dispepsia for those beautiful words and nice advices of you.
Take care akhi najmi hakim.

May Allah bless you.
May Allah bless we both.
InsyaAllah.

Tha-Djel.


Aku qoute dari status sorang kawan lama.
Sekarang silakanlah ramai ramai. Tak susah search saja dekat my computer.

C:\Program Files\Microsoft Office\MEDIA\CAGCAT10\J0285926.WMF
 
Kebetulan lagi ?

31.5.10

Interlude.

If it hurts this much,
Then it much be love,
And it's a lottery,
I can't wait to draw your name.
Oh I'm trying to get to you,
But time isn't on my side,
The truths the worst I could do,
And I guess that I have lied.

That night I slept,
On your side of the bed so,
It was ready when you got home,
We're like noughts and crosses in that
Opposites always attract.

You always have your way,
For now it to soon for you to say,
We will be always always...


Pssst, you nsaza mria is always attract. Keep that senyuman 24/7 !

30.5.10

Picture Perfect.

Be strong.
Think wisely.

Because,
Baby, were invisible.

Kenduri Kahwin.


Malam Pengantin.


Majlis Khatam Quran.


Tol.


Kenduri.


Pengantin.


Suap Menyuap.


Pasukan Tambahan.


Kaum Hawa.


Kaum Adam.

Taman Muhibbah.
Siang.
Kompang.
Hari Ahad.
Gotong royong sahaja.
Selamat pengantin baru kakak izy.
Terima kaseh izy. Selagi boleh je tu. 

:)

Be Ready.

Hari ni saja boleh rehat dekat rumah sebab esok pagi pagi lagi budak budak ni akan mulakan semester baru. Fasa akhir tahun ketiga dalam kursus ni. Buat masa sekarang aku tak terbau lagi Odour orang orang tak puas hati. Kita tunggu dan lihat ada rezeki nanti jadilah kalau takda alhamdulillah. :)

Insha-Allah aku dah siapkan apa yang perlu. Sekarang bukan macam dulu buat laen sikit boleh kena macam macam jadi pesanannya jagalah diri kita sendiri elok elok dulu sebab kalau tak kita bakal buka peluang luas untuk jadi keldai jadi mangsa. Nanti kita malukan diri sendiri masa tu nak kasehan pun nanti buat membazir saja sebab salah kita juga.

Manusia kan tak sudah sudah buat kesalahan jadi benda paling senang untuk kita buat ialah maafkan apa yang terjadi dan berharap ianya takkan berulang lagi. Lepastu kalau rasa maseh nak hormat atau tidak tolak jadi perkara nombor dua. Tak salah nak beringat daripada berdendam sampai ke-sudah.

Esok kita nak dapat tesis ni. Mengikut pandangan sesuka hati, bagi aku dua benda ni paling susah  : ECG dengan Tesis. Lantaklah. Esok kita jumpa semua oke.
Jaga diri. All the best kawan kawan.

29.5.10

Remember This.


It was a great feeling mates.
Team up ! :)

28.5.10

BOF - Natseon Hae.

Kenapa kau.
Tak reti sedar diri ke apa.
Terima kaseh..








" dan nikmat tuhan apa lagi yang kau nak dustakan... "

27.5.10

Heart.

Insha-allah.

Aku akan berusaha untuk kau.
Jangan ambik pedulik sangatlah apa hal yang jadi sebab bukan kau akan dapat faedah pun tapi hanya buatkan kau ' mental breakdown '.

Apa yang ada bersyukur.
Apa yang dapat terima kaseh.
Itu lebih baek lebih afdal.

Jaga diri. 
Selamatlah. :)

26.5.10

New Chapter.

Masuk buku baru lagi.

Cuti semester memang am-nya akan jadi yang ingatan paling indah sebab masa dihabiskan begitu sahaja tanpa ada nota, handout, assignment di sisi. Masa tiga minggu tak seberapa sepenuhnya aku gunakan untuk buat yang paling terbaek untuk semua orang disini. Selagi boleh. Alhamdulilah-kan saja. 

Secara rasmi cuti semester kali ini bakal berakhir dengan beberapa jam sahaja lagi. Lepasni balik kolej terpaksa jumpa muka muka sama lagi. Muka budak budak tak puas hati menganjing segala dan kawan kawan yang sangat baek di luaran mereka. Ye aku tak pernah gagal mendapat mereka mereka yang berperangai macam ini. Apa nak jadi manusia kata orang rambut sama hitam hati tuhan saja yang tahu. Jawapan aku ? Aku diamkan saja kalau itu sahaja yang termampu. Aku nak balas apa aku sendiri loser.

Hm,
Status sebagai senior naek satu tangga lagi. Selamat lah Group Jun dua kosong kosong lapan. Jumpa dekat sana.

Alhamdulillah syukur. :)

23.5.10

Maher Zein.

Tekan sini untuk berjiwang.

21.5.10

So Truly , Madly , Passionately Happy Today.

Pagi yang  basah.
Waktu zimbabwe.
Pakcik posmen datang kasi aku ni :



Terima kaseh pakcik posmen susah susah je hantarkan.
                               
                                                                  
Dari negara freemason. :(


Sukanya sukanya macam makan bak kut teh. Pewwit.


BMTH.


Bukan benda haram.


Lagi lagi BMTH. :)



Biasa biasa aje. Enjoy your holiday. Tak payah update blog sangatlah ye. :D
Tammat. 
Zz.

8.5.10

Fresh New Item.


Jaket korporat dua ribu sepuluh rasmi kami.
-----------------------------------

Oh lupa mula mula ni nak ucap terima kaseh dekat sorang kawan baek ni sebab tak kedekut ilmu tolong siapkan projek aku.

Barang limited. Dan yang paling penting aku sangatlah memilih bulu. Takpelah. Asalkan aku bahagia, macam kak aishah cakap dalam blog dia.

**marhan dengan dzilla mesti tergelak tengok statement 'memilih bulu' tu. Maaflah ye. :P

7.5.10

Resting.

Dah lama sebenarnya tinggalkan semester empat kalau nak tahu.
Bukan tu saja. Elektif wajib yang selama aku fikirkan bosan terbalik jadi antara yang paling menyeronokkan.

Sudahlah.
Mahu pergi enjoy.
Akan sebuk untuk dua tiga hari.

Salam. :)

27.4.10

There.

Put trust,
Not hope.

Selamat Malam.

25.4.10

Untuk Dua Minggu.

Sekarang aku dah makin dewasa. Makin lama makin sekejap masa untuk keluar cari makan sendiri.
Cari duit buat kasi balik duit pinjaman berjuta juta dengan si pemurah. Tapi okey lagi sekarang sebab jaminan untuk masa depan tu dah ada. Bolehlah tidur malam lena tak payah fikir jual muka lepas sudah belajar tiga tahun ni. Paper akhir semester empat dah lama lepas. Aku pun dah kira nak dekat lama jugak raya keling. Tapi aku taklah mabuk macam keling pun. Cuma suka suka sikit itu biasalahkan.

Tak sangka juga awak dah lama duduk sebelah saya. Kira kira dekat dua tahun lebih juga-lah kan. Harap boleh lama lagi. Harap awak tak bosan menunggu lama sangat. Saya pun nak balik rumah dah. Sekejap masa saja lagi harap maklum.

Hari ni satu hari hujan. Kejap renyai. Kejap tu lebat juga.
Bosan. Tapi selamat sempat bawa baju panas. 
Awak,
Macam ni lah. Kalau ada apa apa cari saya dekat Unit Hemodialisis sebab saya posting sana dua minggu.

Sebelum tu nak cakap terima kaseh dekat Papa sebab takda bagi buku refleksi lagi untuk kali ni.
Okeh, Selamat petang,
Hujan hujan ni jaga barang takut terkena Priapsm ! :)

24.4.10

Demam dan Pengubatannya Yang Tak Susah Sangat Pun.


 Pengenalan.
Kenaikkan suhu badan manusia boleh disebabkan oleh sejumlah faktor penyebab, antara contohnya ialah akibat infeksi mikrob atau virus. Jika suhu badan meningkat melebihi 41 celcius, maka ia harus segera diturunkan dengan segera. Ini kerana suhu badan yang terlalu tinggi boleh merosakkan dan merencatkan sel sel dalam otak. Peningkatan suhu yang mendadak ini biasa dikenal dengan istilah Demam.


Isi.
Dengan bacaan saya dari sumber yang boleh dipercayai,
--------------------------------------------------------
Melalui sejumlah hadis, Nabi saw telah memberikan gambaran tentang teknik pengubatan demam ini. Baginda menyarankan penggunaan air dingin untuk mematikan api demam pada tubuh pesakit. Diriwayatkan oleh Al-bukhari dan muslim dari Aisyah r.a , dari Nabi saw baginda bersabda :


" Demam itu disebabkan percikan api neraka jahanam, maka dinginkanlah dengan air. " Ketika menderita demam yang begitu hebat menjelang wafat, Rasulullah saw memerintahkan untuk menyirami tubuhnya dengan tujuh baldi air yang belum putus talinya." 

HR. Al-Bukhari.

Walaupun sekarang aku tahu belambak lambak peralatan medik, Jenis ubatan yang telah mengalami kemajuan yang cukup hebat pada masa kini. Namun pengubatan ala Nabi saw tetap merupakan yang paling ideal dan yang paling mudah nak buat dalam kes ini. Sebabnya, dalam beberapa kes peningkatan suhu badan para doktor cenderung menggunakan air dingin untuk menurunkan suhu tersebut. Kalau dalam zaman kita ni aku boleh katakan cara yang digunakan dah semestinya 'Mandi Berjelum'. 

Isi penting.
Jangan pulak korang rasa terbeban dengan Demam ni, sebabnya :
-----------------------------------------------------------------
Demam yang menyerang tubuh memiliki beberapa manfaat sebenarnya. Pensyarah aku pernah cakap : Demam itu sebenarnya adalah tindak balas tubuh melawan bakteria. 

Secara mudahnya apabila kita demam sel darah putih bertindak sebagai pelindung semulajadi akan memusnahkan virus virus yang menyerang tubuh lalu membentuk antibodi kekal dalam tubuh. Antibodi yang terjadi tidak hanya melawan tubuh dari virus dan bakteria sahaja kalau korang nak tahu, tapi juga membantu meningkatkan daya tahan tubuh melawan sel sel kanser pada awal pembentukannya.
Rumusan.
Oleh itu sekarang korang tahu bahawa demam bukanlah penyakit pun sebenarnya. Malah sebahagian besar penyakit memberikan simptom penyembuhan dengan munculnya gejala demam. Tubuh badan kita sendiri sebenarnya dah mampu untuk hasilkan 'ubat' yang lebih jauh lebih bermanfaat dari ubatan Paracetamol yang umum tahu boleh merosakkan hati dalam jangka masa panjang. 
Aku minta maaf dulu kerana ilmu yang ada depan mata ni masih lagi tidak lengkap. Maklumlah aku bukan doktor yang hujahnya lebih meyakinkan dan aku pun bukan orang alim yang pandai gunakan Kalam kalam yang sesuai. Sebarang pertanyaan boleh pergi ke kaunter sebelah. Disini aku tinggalkan korang dengan sabda nabi :

" Janganlah kamu mencela Demam kerana Demam dapat menghilangkan dosa seperti api yang menghilangkan kotoran besi. " - HR. Ahmad.

Rujukan.
sumber sesuka hati dari buku yang dihadiahkan sahabat.

23.4.10

Kotak Hati.

Maka oleh itu aku beruntung dengan adanya mereka mereka ini yang tak pernah muak untuk memberi semangat.
Setiap hari ada saja mereka datang dan beri kata kata yang cukup untuk buat aku malu.
Malu. Sebab aku lambat sedar. Tapi mereka aku cakap terus terang memang tak reti bahasa ; penat , letih.
Sanggup peduli sanggup buat lebih dari yang aku dapat bayangkan.

Allah maha besar. Allah maha adil. Maha mendengar. Membalas sesuatu dengan baik sekali.
Mungkin aku buat tak kena. Sekarang dah kena aku harapkan kifarahNya. Itu saja. mungkin.
Biasalah. Aku orang biasa.
Nafsu keliling pinggang. Jahatnya tak pernah berhenti.

Kata lah kau nak kata nak apa. Mulai sekarang kau bebas. Aku serik. Sungguh aku kata sekarang memang taknak ulang benda sama lagi, kalau boleh selamanya.

Sebab.
Hm, kau tak perlu tahulah sebab apa. Kalau tahu nanti takut menyusah dan disusah-kan lagi.

Terima kaseh awak awak semua. Ikhlas aku cakap ni untuk semua ye.
Apa yang jadi tu anggaplah pengajaran kata mereka mereka keliling pinggang.
Terima kaseh kawan kawan. 

Mana boleh tak ingat. Lupa jauh sekali-lah. Itu pengajaran khas untuk aku.
Kena ingat jugalah macam mana pun.
Sampai mati. :)




** kenapa sampai mati ?
     sebabnya bila dah mati 3 barang saja boleh bawa pergi. Too bad.

22.4.10

Suatu Masa Dulu.



Sebenarnya curi dari grup dekat fesbuk ni. Simpanan sendiri tak tahu dekat mana.
Nak cari balik ibarat macam maen jumanji.
Katanya nak adakan gathering bulan lima ni. Harap jadilah.
Amin.

** saya maseh lagi ragu ragu mana saya dalam gambar di atas. Sungguh teruk rasa perasaan sebab gagal cam diri sendiri.

Nawaitu.

Lepasni aku nak berkongsi tentang hal perubatan sikit.
Perubatan ilmiah ke , Perubatan islam ke , Perubatan Sunnah ke , Perubatan tradisional ke.
Tak kesahlah apa nama sekali pun.

Sekarang nak kena buat research sikit mana mana yang patut.
Pada kawan kawan yang ada maklumat tu bolehlah kongsikan dengan saya.


Saya.
Akan.
Cuba.

Baek.

Sooooon, Insya-Allah.

21.4.10

At Last.

Dapat juga jumpa semua.
Terima kaseh kepada kawan saya Siti Aisyah kerana memulakan ini.
Oh, lupa. Siti Aisyah adalah sahabat saya dari tadika lagi wahai dunia. :)

Semua dah besar besar ye sekarang.
Selamat berkenalan bagi mereka yang maseh belum dapat cam.
Semoga Allah permudahkan urusan kita semua kelaknya.

Dan saya agak tidak sabar untuk 'gathering' yang akan datang ni.
Hait !

19.4.10

Bersabar, Berdoa, Bertawakal.

Hari ni. Aku tak balas. Tapi aku nak bagi kau yang ini :


-------------------------------------

Oleh itu, berperanglah (wahai Muhammad) pada jalan Allah (untuk membela Islam dari pencerobohan musuh); engkau tidak diberati selain daripada kewajipanmu sendiri. Dan berilah peransang kepada orang-orang yang beriman (supaya turut berjuang dengan gagah berani). Mudah-mudahan Allah menahan bahaya serangan orang-orang yang kafir itu. Dan (ingatlah) Allah Amatlah besar kekuatanNya dan Amatlah berat azab seksaNya.
|An-Nisa: 84|
 
------------------------------------
Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.
|Muhammad: 7|
 
------------------------------------

Dan apabila mereka (yang beriman itu) keluar menentang Jalut dan tenteranya, mereka berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir”
|Al-Baqarah: 250|
 
 
 
Allah maha besar.
Maha mendengar.
Maha adil. 
 
:)

17.4.10

Hari Anda.


Untuk sementara waktu.

Malaslah aku nak tulis sini.
Sebab semua pun mesti nak tunggu isnin ni. 

Macam aku cakaplah. 
Lebih baik cerita tentang orang.
Jangan buat cerita tentang orang.

Malu !

16.4.10

Tak Makan Siku.

Esok lagi sekali nak kena bagi statement.
Pening aku.
Nak pergi tengok buku surgical sekaranglah.


All the best.

14.4.10

Screening People.

Ish. Lambat aku sedar. Kau ni menakutkanlah.
Sebenarnya apa kau nak. Diam diam sempat lagi menganjing aku tadi.
Baek kau pergi maen jauhlah.

Aku dah nampak.
Taknak kena tikam lagi.
Letih bersangka baek dengan kau dan segala suku sakat kutu corporis , carpitis , humanus kau yang laen.
Tolonglah.

Dan kau sorang lagi. Apa nak jadi. Semua benda kau nak gebang. Semua kau nak letupkan.
Sakarang.
Berani buat berani tanggunglah.
Nasib. Apa boleh buat.

* Gelak sinis.

11.4.10

Lebih Baek Kalau Macam Ni.

It's better to Hated for what you are ,
Than to Loved for what you are not .

- kurt cobain.

8.4.10

All The Best Semua.

Semua pelatih pembantu perubatan semester empat.
Semua kawan.
Semua lawan.
Semua penikam belakang.
Semua kawan yang baik hati.

Semoga kita dipermudahkan urusan depan kertas peperiksaan akhir nanti.
Sekejap masa berlalu.
Masing masing semakin membesar.
Nanti posting kita jumpa lagi ye.

Untuk OSCE nanti.
Pastikan buang semua anxiety dan palpitation sebelum tengok muka pensyarah. :)



**Akan sibuk untuk dua tiga hari ini. Akan.

7.4.10

Si Talam.

Bukan itu yang aku nak.
Aku yang selalu diperlakukan macamtu sebenarnya.
Kau dah lupa semester dua?
Ingat balik jangan buat buat dapat amnesia.
Kau kenal siapa yang kenakan siapa. Atau lebih manes mungkin kau juga yang turut terlibat lempar tahi pada aku dan juga kawan kawan yang lain.
Jangan sibuk nak menyalak. Bukan kau seorang yang orang lain respek. Bukan kau seorang yang orang anggap hero dekat sini.
Aku kenal kau siapa. Kau yang selalu main intai intai.
Kau fikir aku mudah lupa?
Sorry , aku bukan jenis melayu macam tu kot. Hopefully.
Aku tahu apa kau buat belakang aku. Memang ramai sangat jenis macam kau dalam kelas kita.
Aku dapat cam satu satu sejak dari hari aku kena busuk depan semua orang.

Untuk kau.
aku juga akan buat yang sama macam kau buat.
Setuju atau tidak itu hal engkau.

Tak pasti?
Itu yang paling bernilai.

Aku memang bukan pembalas. Bukan pedendam yang tegar.
Tapi aku ada tuhan yang akan dengar setiap doa yang aku sampaikan.

Setiap hari.
Setiap saat.
Pagi dan petang.

Tanda aku di-aniaya oleh kawan.Dan juga kawan kawan yang lain juga. :)





Geng.
Talam yang kau kata tu.
Itu yang aku akan pulangkan pada kau macam waktu dulu dulu.


-----------------------------
** Selamat buat OSCE sabtu ini. :D

4.4.10

Baca Sini.

Selamat datang sini.
Tolong jangan tanya aku yang selebihnya ye.
Nanti jadi cerita buruk aku lagi dibusuk busukkan.

Jadi.
Baca sahajalah ok.


Jumpa dekat kelas nanti.
Selamat buat OSCE minggu depan.

3.4.10

Sikit Saja Lagi.



Tolong jangan lewat ye. Tak sabar sangat dah ni.
:)

1.4.10

Al-Fatihah.

1230 Pagi jumaat ini.

April Selamat.

Aku akan jadi diri aku.
Supaya aku boleh baiki untuk jadi yang terbaek.
Cakaplah apa apa pun. Sebab.
Tuhan maha adil.
Aku terima.
Semuanya sekali.

31.3.10

Najmi Al Hakim.

Terima kaseh najmi.
Kau hadiahkan aku barang tu. Terkejut aku bila tahu itu barang yang paling kau sayang.
Aku cuba mi. Aku cuba sikit sikit ye.
Aku akan gunakan sebaik mungkin ilmu dalam buku itu. Mana tahu boleh jadi hebat macam kau.
Nanti kita jumpa lagi oke.

Aku ingat sampai syurga.

30.3.10

Everybody Is Changing.

Termasuk kau dan macam tu jugak aku.
Aku dah malas taip sini hari hari.
Yang aku tahu kau pun sama. Sedap sangat la ye balas macam tu bila keluar posting ni.
Lantak lah. Lantak apa nak jadi pun jadilah.
Aku tahu kau dah macam orang laen. Kau failed. Jadi lah kau macam orang orang lain.

Biasalah.

Weh, kau kawan aku.
Dan sekarang sungguh aku terkilan aku dengan kau. Terima kaseh banyak ye.
Kita jumpa dalam kelas.
Aku tak sabar nak balas jugak ni. :]

29.3.10

Now.

Minggu untuk pecahkan kepala.
Minggu untuk tidak cukup tidur.
Minggu ini perlukan kaseh sayang pensyarah supaya berkat ilmu nanti boleh jawab soalan dengan senang hati.

Tak sabar nak jumpa semester lima.
Macam mana la rupa kawan - kawan kita. :)

60 Hari Kini Tammat.

Buku log : siap !
Buku refleksi : siap !
Case clerking : maseh belum siap siap !


Semuanya dah selesai.

: Terima kaseh secara peribadi saya ucapkan pada LP yang menjaga kami di Hospital Raja Perempuan Zainab untuk dua bulan ini.
: Terima kaseh untuk teguran. Semua teguran itu saya maksudkan ye.
: Terima kaseh untuk pujian. Juga untuk semua pujian yang buatkan gluteal kami kembang.
: Dan yang paling penting kami amat berterima kaseh atas semua ilmu yang diberikan pada kami.


Terima kaseh cik. Kami janji kami ingat apa yang kami dapat dekat KB ni.
Cik mawi(wawi). Nanti kita jumpa lagi. :)

" Cik memang bro ! "


Selamat pulang kawan - lawan. :)

28.3.10

Oraite.

Sooo far away. There's a reason i feel this way.
Lay me down.
And tell me everyyyyyything will be allright.

Things will be allright.

---------------------



Tekan sinilah brader. Lagi lagi untuk si Anisza tu. :)

25.3.10

One Blood Vessel. :)


 Ibarat Feses jatuh ke riba kami semua.


Eclampsia.


Constipation.
 

 Faecal loaded face. :)



Nah. Semua boleh tengok sekarang. 
Khusus. Untuk kawan kawan yang tidak tikam belakang aku. 
Alhamdulillah syukur pada tuhan.

:)

Lagi Lagi Orang ni.

Aku susah betul melayan orang macam ni.
Dah la tak faham bahasa.

Ibarat lepaskan anjing tersepit kita kena pulak yang kena gigit.
Sakit.
Berparut.
Tak pasal pasal kena samak.
Menyusahkan.
Silap silap boleh kena penyakit rabies. Haihh.



Lantak lah kau. Itu isu kau. Aku dah biasa sangat dengan jenis macam kau.
Aku redha.
Kau boleh cakap sama sama puak kau. Alhamdulillah-kan semuanya.
Aku ada DIA yang maha adil.
Harap korang gembira. Terima kaseh.

Titik.

24.3.10

Sakainisme.









Kau rasa nak hayun penyepak? Nak ongbak kepala?
Silakan masuk. :)

22.3.10

Testing : 30 Hari Di Wad Perubatan The Sequel.


Lif, partner saya untuk dua bulan ni. :)


Kata izyan "sy suka buat muka feses" :)


Kaki saya ada dua. :)


On janda ke 12133 :D



Saja nak testing jelly fisheye lens saya. Baru sampai terus guna.
Waktu bekerja. Syif petang. Muka hampeh semua dan ianya tidak perlukan SLR berharga ribu ribu ringgit malaysia kerana :
Semua guna mobile sahaja ye.
:)

21.3.10

Go Sini.


Dengar lagu ni buat sementara waktu. Baru rasa sedar diri sikit.
Jauh sangat dah sekarang.



Taubat. 

Mengeluh Lagi.

Pejam sekali takpa lagi.
Sekarang dah berapa kali berkelip tak sangka cepat sangat.
Semalam kurang satu orang lagi.
Jumlah semua dah kurang dekat sepuluh orang.

Dan saya tak penah suka rasa macam ni.
haihhh.

19.3.10

Remember : Today We Lost A Very Good Friend.

Dia pergi lagi.
Kali ni bukan sebab mid sem ataupun cuti sem break.
Dia pergi untuk yang selamanya. Betul untuk selamanya.
Tak perlu kau orang nak persoalkan khabar angin. Aku lihat sendiri.

Dia berdarah. Dia tak pandang kami lagi.
Dia baring. Langsung tidak senyum pada kami lagi.
Dia takkan mungkin akan bangun.

Lepasni tak boleh suruh dia guntingkan rambut lagi.
Lepasni tak boleh gurau gurau dengan dia lagi.
Dari semester satu sampai semester empat aku dengan kau.
Banyak kenangan kita buat sama sama.

Sunyi.
Mana nak cari ganti kawan macam dia.
Baek. Tak pernah buat susah orang lain.

Malam tadi dia pergi. Selamanya.
Takkan dapat jumpa lagi. Kami semua akan ingat kau. Sampai bila bila.




Selamat jalan ricky. Travel well.

18.3.10

Terima Kasehan.



Mereka ambilan jun dua ribu lapan.
Diploma Pembantu Perubatan.

Dan semestinya bukan lagi geng pecah belah. kot.

16.3.10

Budak Hebat Taklah Hebat Sangat Pun.

Hai geng !

Hari ni kau buat apa lagi. Dengan siapa lagi yang kau nak lawan. Dah habis akal kau agaknya buat macam tu depan dia. Fikiran jenis gerila sungguh kau ni.

Kau kenal siapa tu kan? Pangkat lagi tua dari ayah , abah , abuya kau. Dan yang pastinya, Dia pengajar kau. Aku tahu kita budak budak bodoh. Selalu jadi barang mainan orang yang lebih bagus yang ada segalanya. Tapi maaf geng aku bukan nak cakap hal mana atau tak kau patut buat. Kau boleh fikir. Mesti boleh fikir punya aku percaya.

Sekarang kau dah kotorkan. Semuanya yang ada terpaksa rasa sorang sikit najis yang kau dah buat. Kau tahu apa naseb yang akan jadi.

Masa depan kau dah gadaikan. Sediakan ringgit malaysia banyak banyak ye geng. Kau sedialah. Bukan nak sebuk tapi sebab kau , mereka yang tanggung sebakul.


Relaxxx. Esok maseh ada kan geng.
Mengadap-lah kau.

11.3.10

The Thing Is.

Maybe im the mr.right...

But,

Maybe im the wrong you like. :)

30 Hari Di Wad Perubatan.

Alhamdulillah.

Masuk dalam wad perubatan segalanya nampak lancar. Dah boleh ramal yang dalam masa terdekat ni buku log mesti boleh diisi dalam sekelip mata. Bersyukur dapat berjumpa dengan mereka mereka yang sangat bermurah hati untuk memberikan peluang kami berempat untuk buat prosedur. Terima kaseh doktor. :)

Duduk sekali dengan junior. Semester satu. Maseh hingusan lagi semua. Tapi takpa. Kita semua pun mulanya dari junior bukan, jadi hingusan atau tidak bukanlah masalah besar. Kita belajar. Kita bukan bekerja ye kawan. Ingat. Sampai mati kena ingat.

Kali dapat lagi dengan mereka. Mereka yang dah 'besar besar' semua. Tak lama saja lagi akan dapat jawatan itu jadi mereka ibaratnya bos yang bisa beres-kan semua prosedur. Mereka baek. Selalu beri respon muka yang mesra bila ditanya soalan. Terima kaseh juga ya. Atas mimik muka itu. Sahaja.

Nak tengok mereka. Nak belajar dari mereka. M
Bukan apa. Supaya nanti tak buat benda sama macam mereka. :)




** Belajarlah dari semua benda. Nanti senang diri sendiri. Jumpa lagi. Selamat malam.

7.3.10

Fe-ra-saa-an.

Kena belajar kuat. Dah tak boleh tinggal sorang sorang lagi lepastu biar mereka semua berjaya. Tahu aku iri hati dengan mereka. Iri hati sebab mereka semua dah berjaya habiskan tiga tahun ini. Nak yang seperti mereka. Tidak ada kepuasan laen selain menjadi macam mana apa yang mereka dapat sekarang. Kalau tak apa guna habiskan berpuluh puluh ribu ringgit malaysia kan.

Senior. Semua terbaek. Aku? Ikut jalan yang sama. Berusaha !. Biarlah. Separuh pun separuhlah. Janji jaminan untuk masa depan sudah ada. Aku bersyukur. Hepatomegali segala memang tak terkata.

Cuma.


Kurangnya adalah dia. Dia. Kawan maksud aku. Mana nak cari yang ikhlas. Setiakawan katanya tapi hal ini yang dibalas. Perasaan yang bukan bukan kita tanam bagai nak rak. Sudahlah. Bukan sekali bukan dua. Aku penat.
Susah macam ni. Susah.

6.3.10

A Niu Dey. An old story.

Cepatnya.
Masa berlalu sangat pantas. Segala macam peristiwa dalam masa sebulan disitu terpaksa ditinggalkan. Tinggalkan semua kecuali penat lelah pengalaman yang di-cari. Pejam celik pejam celik kata orang kebanyakkan.

Seronok.
Pertama sekali bukan sebab dapat buat macam macam prosedur klinikal tapi disebabkan dapat jumpa ramai orang. Dari yang sakit hinggalah perawatnya. Kali ni naseb aku bertuah. Boleh lepak dengan 'orang' kementerian kesihatan yang ego mereka tidaklah setinggi sebagaimana segelintir 'orang' itu. Baek. Banyak yang boleh aku belajar dari mereka. Balasan pahala aku doakan pada yang esa sebagai ganti ilmu yang telah diberi. Semestinya berkawan itu adalah satu nikmat yang susah untuk digambarkan hasilnya.

Habis.
Cuma tiga puluh hari diberikan untuk merasa peluang berada dalam wad pembedahan. Berbagai kes. Berbagai ekspresi. Berbagai cara pemulihan dan rawatan. Aku? pengalaman dikutip satu demi satu. Semester empat adalah fasa terakhir aku menuntut dalam bidang ini dan ianya sudah semestinya semakin payah.



Hari Baru.
Tinggalkan pembedahan. Buku refleksi hari ni juga berwajah baru tanda amanah semasa berada disitu sudah dibereskan. Satu per satu. Menipu dan Jujur. Biasalah. Diamkan saja.

'jangan makan sorang'
'lepasni bila dorang masuk kecemasan korang buat sama macam mana korang kena hari ni'
'student tak boleh buat ini. Itu lagi tak boleh'

Aku ingat. Ingat semua tu. Terima kaseh cik,
kerana mengajar,
kerana menegur,

Wad perubatan akan jadi tempat terakhir sebelum balik untuk peperiksaan akhir bagi semester ini di kolej dan aku akan pastikan tiga puluh hari lagi disini sebagai waktu paling sibuk untuk mentekedarah segala ilmu yang ada. Itu amanah yang perlu aku usahakan untuk buat 'gaster' mama rasa sejuk dan kesemua lima lima 'lobes' ayah rasa lapang.

Mohon yang maha esa berikan segala kelapangan. Minta dijauhkan kecelakaan.
Minta dijauhkan kecederaan.

28.2.10

Tak Sehat.


Kifarah dosa. Takpa.
Kifarah dosa. Takpa.
Kifarah dosa. Takpa.
Kifarah dosa. Takpa.
Kifarah dosa. Takpa.
Kifarah dosa. Takpa.

Legakanlah. :)

25.2.10

Kata Allahyarham.


 Motivasi saya.
--------------------

" Masa hadapan itu akan menjadi milik seseorang yang sudah bersedia hari ini "

Allahyarham Sir Malcolm X.

24.2.10

Ini Kesah Burung.



 

 

 


 

 


Ini kesah burung. Dia binatang dan pastinya bukan berakal seperti kita.
Tekan sendiri untuk baca kesah burung.







23.2.10

Ikhlas, Kau Harus Ada, Kawan.


Hepatomegali bila ada kawan, mula berkawan, mengenali kawan dan semestinya bukan berlawan.
Tak habis habis. 
Superior inferior lateral medial layan lagu hujan ni. Kau harus ada. Sedap. Terkenang kawan kawan yang ada keliling pinggang. Tak pernah ada rasa sakit loin groin kalau ada mereka mereka ini. Membahagiakan.



Yang ada bila senang. Boleh gelak gelak walaupun masa tengah panas hati.

Yang tak pernah berkira nak ambil beban seorang lagi kawannya. Walaupun beban yang diambil kita tahu menyusahkan dia. 

Yang mudah lagi memudahkan. Boleh hisap rokok kawan "pancung pancung" biar semua dapat rasa bila masa ringgit malaysia kurang dalam dompet. *tapi aku non smoker ye. :)

Yang menyenangkan bila dalam kumpulan kerja. Biarpun sebelum ni kita semua bukanlah satu kepala tapi maseh ada hati yang bersih untuk memberikan hasil yang positif. Kerja dah mestilah akan jadi lebih sempurna dengan markah yang membanggakan hati semua orang.

Yang boleh dipercayai. Bukan apa. Susah kalau bekerja ada perasaan yang bukan bukan. Umum tahu kita kerja berkumpulan. Kita bukan bomoh atau posmen yang bekerja secara individu. Setuju?

Yang boleh jadi tempat paling rapat nak bermanja. Bagi yang belum ada kawan sebegini biarkan dia gelak suka sendiri. Mereka maseh belum faham lagi.



Tapi. Sedih. Maseh ada lagi orang dalam kalangan 'kawan' yang suka merosakkan. Kenapa. Mungkin 'kawan' itu sebelum ini tak pernah dapat kaseh sayang dari kawannya.Mungkin dia belum ada kesempatan untuk merasa nikmat itu. Mungkin..
Patutlah dia(kawan) itu jadi begitu.

'save ur backside first'
'Buat apa pedulik hal orang'
'Aku buat hal aku saja. Tak jaga tepi kain orang'



Bagi aku bukan cuma itu yang sepatutnya kau mampu lakukan. Jangan dilabel apa itu ini hal yang patut ambil peduli. Kenapa dilabel itu 'kawan' aku, sedangkan hal mereka bukan menjadi tanggungjawab kau.

Pelik, kan. Betul? ahh. Yang waras pemikirannya pasti boleh dapat jawapan.
Makna kawan rasanya lebih dari sekadar peduli-kan dari di-peduli-kan.

Kasihan. Ikhlas dari hati. Aku kasihan dengan mereka.



Aku Tak Tahu, Kan Dah Kata.


Versi Rahsia.
Bukan apa. Takut ada yang busuk hatinya mengata tak sudah sudah. Baek buat macam kak aishah.
 selamat. :)


Begini.

Dia : " kmyl... "
Aku : " yes bro... "
Dia : " aku nak mintak tolong nih.. "
Aku : " boleh je... kau cakaplah dulu ".



Seterusnya.

Dia : " aku nak kau ajar aku **rahsia.. "
Aku : " hah? mana aku **terpaksa rahsia tu weh.. "
Dia : " aku tengok **terpaksa rahsia cantek cantek je.. "
Aku : gelak..
Dia : " tak baik kedekut ilmu weh... nanti tak berkat.. huhuhu "
Aku : gelak lagi..
        " kasi kau punya messenger la senang nak sembang lagi. sini susah. aku tak reti. "
Dia : " oke nah... **rahsia lagi. "

 

Seterusnya bila semua dah siap.

**rahsia lagi. rahsia sampai habis.




psst : aku tak pandai tapi aku ajar lah kau yang mana aku tahu okeh kawan? :)



21.2.10

Lethargic.


Penat dah melayan manusia. 
Macam macam hal.
Apa lagi salah. Apa lagi yang belum cukup.
Baru tahu rupanya banyak lagi sikap , perasaan , wajah yang belum sempat dijelajah.
Masa yang ada tinggal sedikit saja lagi. Tak suka lepaskan perasaan dekat sini. Nanti ada lagi orang yang main intai intai.

Tapi. Takpalah..
Tapi. Mana boleh.
Tak adil langsung. Tak tenanglah scrotum aku sampai bila bila kalau asyik kena gagau.

Tapi aku, dengan kawan kawan maseh lagi macam ini. haih~
Rasanya maseh ada yang cukup empat-struktur-jantung( perasaan ) untuk diharap.



Dan awak, Paling tak boleh bela langsung. 
Doakan ada peluang lagi untuk ini.

19.2.10

Al Firdausi.



FIRDAUS


Assalamualaikum. Saya budak baek. Saya suka makan nasi dan tak suka orang nepal dekat rumah saya. Itu saja. Titik



18.2.10

Horibel Adorabel.



Aku perlu kau lah feses. Aku kesal dengan apa yang jadi pada separuh jalan cerita ni. Aku tahu dan faham tindakan kau tidak lebih dari mainan tingkahlaku saja. Aku taklah bodoh macam tu sekali.

Tapi...

Tapi, Kenapa sebegitu jadinya. Kasar gurauan kau. Adakah berat bagi kau untuk menjaga apa yang dikatakan mainan tingkahlaku tu. Ataupun mungkin tidak ada rasa persahabatan pada satu lagi perasaan yang laen.

Sayang...

Sayang dan takut kalau ini yang dikatakan penghabisannya. 
Rugi kerana tidak mampu untuk diusahakan penyelesaiannya.

Kawan...

Rasanya kau lebih handal dari aku. Lebih cekap dan mahir dari semua segi.

Alahai...

Kawan. Kata mereka datang dan pergi. Kononnya lumrah kehidupan.

Takdir...

Apa kaitannya. Tak perlu kau nak kata yang lebih lebih kalau jalannya dipilih dengan dua pihak. Mana mungkin satu tangan bertepuk akan berbunyi bukan?

Apa...

Apa kau rasa. Penatkan. Tapi takpalah. Aku tahu kau ada dekat.


" kau still upset dengan aku ke wei? "


Dungu kau. Kelakarlah.
Aku ingat lagi. Tak lupa pun cuma aku rasa lucu. Beginilah.
Biarlah senyap.


Mungkin itu dah 'takdirnya'. 
Selamat pergi " kesah lepas " dan Selamat datang " seterusnya " .



Kan kawan ? :)



Hati, Setakat Ini Sajalah.

Hati. Rasanya dah cukup masa tu nak mengenali diri masing masing yang permulaan ceritanya hambar. Permulaannya, penuh dengan perasaan takut, ragu ragu dan langsung tidak ada kepercayaan lebih dari yang sepatutnya. Lambat. Apa yang boleh dikata. Proses fisiologikal katanya kalau dari bidang ini. Jangan dilupa. Semakin lama sesuatu yang ada dalam genggaman kita itu bermaksud semakin bertambah lah beban sehari hari. Apa yang mahu dicapai. Apa kesah pada pengakhirannya yang dilihat. Semuanya itu dicongak bersama dengan hati hati takut langkah yang diambil salah dan mungkin akan memberi kesan buruk pada semua orang am nya. Pada kita sudah semestinya terkilan. Mana mungkin orang yang tersungkur dalam lumpur boleh merasa suka. Itulah ibaratnya kalau waku yang ada diguna untuk hal remeh kononnya perihal wajib tanda perhatian dah kaseh sayang dua pihak. Umum tahu mana mungkin ada yang terbaek kalau hal yang terjadi itu datangnya dari manusia seperti kita. Pernah terlintas tentang masa depan. Tapi bolehlah dianggap itu hanya akan jadi mimpi mimpi kosong jika bersama kita tidak sudah menyalahkan satu sama laen apabila datangnya masalah jiwa. Ada yang berkata. Jika yang mahukan yang seperti itu harus lakukan yang betul, Bila jalannya betul dan juga dengan izin tuhan diri ini akan dapat yang terbaek. Tapi diri selalu tersilap. Kelemahan diri ini kerana selalu mengharapkan yang datang itu adalah terbaek dan terlupa yang diberi hanya terbaek untuk diri sendiri sahaja. Mimpi. Barangkali tidak lebih dari mainan sahaja. Hairan. Kekuatan datang dengan sendiri. Jauh sekali dan tidak mungkin dapat jika mahu dirungkai apa yang berada di sebalik tabir selama ini. Persoalan sudah semestinya bermaen dalam kedua dua belah otak kita. Dan hati masing masing dibantu akal insyaAllah akan memberi jawapan terbaek untuk pelengkap cerita bersama. Persoalan akan datang? Tak perlu. Ragam masa kini sudah lebih dari cukup memberikan bayangan masa depan. Sebabnya, bahagian yang paling sukar belum pun datang. Itulah harapan pada hati. Disitu ada jawapan pada semua termasuklah pada bahagian paling susah sekalipun. Dari hati bermula. Dari hati berjalan. Dari hati juga bakal mencorak warna kita bersama.





Awak , Terima kaseh pada hati tu.

15.2.10

Re : Rebirth.



Esok hari lagi sekali :


Sebuk.
Sebuk.
Sebuk.
1/ Kerja pagi.
2/ Bangun awal.
3/ Ringgit malaysia kena dah habis kena rembat dengan binatang.
4/ Moodswing lagi sekali.
5/ Sayang kentut busuk
6/ Tak pernah berubah. 
Penyebuk. :D


Selamat malam.

13.2.10

Holiao !.

 
avatar wannabe. haha.
tocei izy.

sayang awak. :)

2.2.10

Hello.



Takda apa. Saja je. :P

1.2.10

Look How Far We've Come.





I didnt plan on losing you.
Sungguh.


29.1.10

niu me.


My flickr account.
cheers.



" http://www.flickr.com/photos/kmyljhri "

27.1.10

It's Over Now.


Bye. Saya nak cuti. Harap kali ni tak rosak lagi. Bukan apa. Asyik asyik rosak akhlak penat jugak.
Oh lupa.
Selamat melalui klinikal rakan rakan.
Harap tak gaduh lagi sebab saya asyik rindukan awak semua sekarang ini..


Akhir , mana geng pecah belah yang semua manusia menganjing tu ?? :D

24.1.10

We Do it, Our way.






This is it.
Keep the spirit alive.
Best friend means forever.



Friendship.
loyalty.
Union.


Semester 4|24012010| Photoshoot .

21.1.10

ilmu ini.

Sampaikanlah walau satu ayat.

20.1.10

Are You Prepaid For The Final Battle.

Tidak jemu doa. Sebab masa kita tak lama lagi akan habis. Tinggal sisa sisa lagi untuk ditunjukkan pada yang tuli sebab mereka tu semua memang degil , keras kepala belaka. Tidak mengapa. Jangan risau dengan apa yang jadi sebab semua akan penipuan akan dapat diketahui bagi yang celik. Bagi yang buta pula. Mereka sendiri yang akan jatuh tersungkur sebab percaya syurga datang bergolek atas riba. Ya akhi. Berapa lama lagi ambil masa untuk bangun. Padan ke hanya sekadar menunggu penyelamat tiba untuk kita sebab kemenangan tu memang dah ditulis dalam sejarah. Mana. Mana haluan masing masing bila waktu itu tiba. Sempatkah kita untuk pulang. Sabar. Janji itu pasti dan mesti akan tiba walau apa pun yang berlaku dalam hidup. Mungkin tuhan akan tunjukkan sedikit masa lagi. Waspada setiap kali penghulu hari datang.



Pembebasan minda adalah pembebasan utama - BB.



** Tak sangka nikmat akan berakhir. Tak mungkin lagi jadi kebetulan..


19.1.10

Khinzir Afrika.

Well. Apa boleh buat lagi. Dah si kepala dah mula gunakan kuasa besarnya. Ada pula kuasa aku nak berkata lebih. Jauh sekali kalau nak melawan kata kata dia. Aku ada terfikir juga kenapa si kepala sampai macamtu sekali sikapnya. Umum tahu bila dah berjanji tu mesti kita tunaikan. Memang aku respek dia. Respek sebab nama dia manusia. Bukan apa kalau dia binatang memang dah lama rasanya kena rejam sampai mati. Aku nak buat hal ni biar selesai lepastu ikut kau lah nak jadi apa pun. Tengok sekarang semua dah huru hara. Sudahlah. Malas aku melayan.



Takpa.
Kita tunggu sikit masa lagi.

18.1.10

Err.. Sayang.

Okeh.
Sekarang giliran sayang pulak korek hidung.
Lepastu nak cium ketiak masam sayang tu.
Sukanya !.

:D

After This We Can Coitus All The Time.

Betul. Saya tak tipu awak. Lagipun buat apa nak menipu bukan boleh
cakap 'saya menang moto' macam dalam iklan tu.
Saya boleh senaraikan hal hal tu kalau awak betul tak puas hati sangat.

-----------------------------

Saya penat ni.
Saya bukan mesin jahitan.
bukan juga mesin penggelek tebu.
Saya taknak pun segala macam luahan bodoh tak bermakna awak.

-----------------------------

Saya cuma nak sedikit perhatian tanda awak ambil berat.
Biarkan apa yang awak buat sesuai dengan status awak sekarang.
Jangan lagi malukan diri sendiri.
Saya. Saya dah fedap melayan.
Merugikan.
Nak tulis apa lagi supaya awak faham.

------------------------------

Awak.
Cepat. Cepatlah sedar diri.
Kalau tidak baek masing masing pergi mati.

-------------------------------

Sayang puan anisza
**



16.1.10

Your Love Alone Is Not Enough.




A way to a men's heart is through is stomach.

 



13.1.10

Pervert Is Your Last Name.

Tak faham kan. Samalah kita biar sama sama pening. Aku muntah. Aku muak dengan perangai semua orang. Ada aku kesah ke. Itu jawapan yang paling kau suka beritahu walaupun dalam diam. Aku bukan apa. Saja aku diamkan bukan bermakna aku ni tunggul. Jauh sekali nak mengaku diri ini dungu. Aku tahu apa yang orang tu dan orang ni dan semua orang fikirkan. Tak peduli semua orang. Pergi mampus. Persetankan asal aku boleh dapat yang terbaek. Lebih baek aku selamatkan ' backside ' sendiri dari susah susah ambil tahu pasal orang laen. Bukan rugi. Malah rasanya lebih menguntungkan diri sendiri bukan. Seronok dapat pujian. Tapi berat buntut nak membantu yang laen. Mungkin dari mula ada disini sudah disumbat ajaran supaya biarkan orang laen mati kelaparan jangan kita mati kena hina sebab bagi pertolongan. Yelah. Buat apa lepaskan dekat sini. Siapa nak dengar. Siapa saja yang mahu beri masa untuk ambil pusing hal budak separuh umur. Cuma yang mahu diambil kesah kalau dapat beri orang peluang besar. Wahai orang orang. Aku ulang lagi sekali yang aku ni sudah cukup muak melayan perangai yang semua macam haram. Kenapa jadi begitu. Siapa yang ajar orang orang kita jadi macam tu. Atau mak bapak orang orang yang tak beri perhatian sepatutnya. Aku pelik. Kadang kadang ada rasa nak bertanya satu dua soalan. Tapi takpa. Tak sesuai hebahkan sebab mungkin nanti ada orang yang mengata. Tapi hari aku nak tanya pada yang melihat. Dan yang pasti aku nak jawapan dari yang mendengar. Tak penat ke hari hari semua orang kena macam ni. Tak letih ke sampai tak reti reti bahasa. Apa dulu ayah kau tak ajar. Mak kau takkan asyik besarkan mammary gland kan. Bila kena sumpah seranah baru nak faham bahasa ke. Oh. Ayah kau orang sedap sedap ye maaflah aku terlupa. Orang orang macam kau tak ada masa nak fikir tentang hal hati perasaan yang laen. Kalau dah macam tu sekali benak otak kau aku memang dah serah diri awal awal. Malas tu memang jawapan lazim mulut masing masing. Kalau dah orang orang macam kau hidup mewah kenapa maseh boleh tunjuk kelakuan sampah macam tu sekali. Langsung tak menampakkan nur tapi yang nampak cuma macam kaen buruk yang bakal kotorkan keadaan sekeliling. Dengar sini. Tak ada orang yang hingin sebuk ambil tahu hal dalam kaen kau. Orang orang macam kau perlu lagi ke buka buku panduan hormat mereka. Sebelum ni tak pernah pun dia dalam mereka tu buat masalah pada kita. Hal kecil kau panggil. Sebab boleh minta maaf dan teruskan hidup macam biasa dekat sana itu yang kau kira mudah. Aku bukan ayah kau sebab itu aku boleh cakap dekat sini. Aku kalau jadi ayah kau mesti dah lama rejam kau sebab memalukan muka. Kau semua sama. Tak pernah ada untung. Menyusahkan tu nama akhir selepas di-bin kan. Tunggu esok. Sebab akan ada tuhan akan tunjukkan jalan siapa langit siapa bumi. Aku ?. Datang cari aku sebab kalau tak sampai bila bila aku takkan berhenti menulis tentang kau. Kan kawan.

10.1.10

when the lines overlap.




Selamat tinggal assignment. Selamat datang A three hundred.

:) :) :)

7.1.10

Projek X Kita.

Selamat Pagi. Macam mana dengan rancangan kita. Projek X kita yang bakal menggemparkan seluruh pelusuk kolej. Bagaimana, Bila. Dimana. Untuk apa. Semuanya adalah hasil air tangan kita semua khas untuk keluarga sebelum keluar dari sini untuk mendapatkan pengalaman yang lebih. Selepas ini kemana kita. Selepas ni siapa kita. Kita yang selalu buat hal kemudian tinggalkan hasil buruk pada nama kelas masing masing. Tidak mengapa bagi saya itu semua adalah kenangan lepas tidak perlu untuk diukur pada kita. Kita yang dilabel dengan berbagai bagai nama inilah yang dipilih. Kita yang menjadi bahan umpatan oleh sesetengah rakan rakan semester lain inilah yang diangkat untuk menjayakan projek khusus ini. Rangka cadangan dan usaha awal dari semua sangat menampakkan bakal ada hasil yang akan membanggakan semua orang dalam keluarga besar. Buat apa menipu. Tak percaya. Kamu boleh lihat sendiri dan tanya pada semua ahli kelas. Kamu semua pasti terkejut dengan projek rahsia kami ini. Enam kumpulan sudah dibahagikan dengan beban tugas masing masing yang memerlukan sereberum diperah dan serebelum dikerah menghasilkan neuron idea untuk digunakan apabila tiba masanya dikhalayak ramai nanti. Paling mencabar semestinya tugas para jurusolek kami yang perlu mendandan barisan pelakon kami. Efek dan kesan khas kami janjikan pada semua tanpa perlukan teknologi luar. Ahli lain yang akan terlibat dalam projek rahsia ini terdiri daripada barisan pelakon sendiri , pasukan perubatan satu , pasukan perubatan dua , orang awam , pasukan polis dan bomba dan pasukan khas logistik. Bagi kamu yang melihat nantikan hasil projek rahsia ini dalam bahagian seterusnya. Medic ! : Pecah Belah !.



25012010.

5.1.10

In Vain.



Ampun. Saya minta maaf. Saya sebuk sangat sangat sekarang. Saya harap awak cuma faham saya. Itu saja. Terima kaseh. Selamat malam.


Zz.



2.1.10

Twos Zeros Ones Zeros.

* Fasilitator.
* Keputusan Akhir S3.
* Teknikal.
* Perempuan Simpanan.
* Kawan Baik Lama.
* Tak Puas Hati.
* Assignment Berbuih buih.


*** Penat.  -_- !!